curang..!!!!!

3:47 PM

curang benda sinonim berlaku dalam perhubungan. aku sendiri pernah jadi mangsa kecurangan. siapa yang patut dipersalahkan kalau benda nie berlaku..??

jadi kat sini la mula berlaku tunding menunding antara lelaki dan perempuan. semua tak nak mengaku bersalah. ada yang cakap lelaki curang luar biasa tapi perempuan curang benda biasa. ada jugak yang cakap lelaki curang sebab nak test market.

tapi pernah tak korang terpikir benda nie dari sudut positif. kenapa lelaki tue curang kat kita..?? kenape perempuan tue curang kat kita..??

jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah. kita hanya merancang. tapi Allah yang menentukan.

dulu masa aku dapat tau pakwe aku ada perempuan lain aku jadi marah, sedih, kecewa dan rasa tertipu. masa tue aku jadi paranoid ngan lelaki. bagi aku lelaki semua sama. jahat...!!!!

tapi sekarang aku sedar yang semua yang terjadi tue ada hikmah. aku sepatutnya bersyukur sebab Allah buka kan mata aku sebelum terlambat. bayangkan kalau dia tak curang. lepastue aku kahwin dengan dia. lepas kahwin tetiba perangai sebenar dia menonjolkan diri. masa tue luas terbentang jelas perangai dan sikap buruk dia tue. tak ke haru rumahtangga. masa tue dah terlambat untuk aku patah balik.

jadi sebenarnya aku patut bersyukur dia curang ngan aku. bila benda tue terjadi baru aku nampak semua perangai dan sikap buruk dia. kalau tak aku buta. sayang punya pasal.

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Allah memang tidak akan memungkiri janjiNya.

You Might Also Like

6 komen dari peminat setia