industrial wiring

2:25 AM

waaaa.. tajuk cam gempak. hehehehe..^_^

tetibe rasa nak story pasal lab engineering aku untuk sem nie. kalau ikutkan terbahagi kepada dua. industrial wiring ngan autotronics. tapi buat masa nie aku baru selesai buat industrial wiring.

memang kerja yang memenatkan la. bayangkan aku nie seorang gadis melayu yang comel membengkokkan batang paip yang diperbuat dari besi. agak2 camner ea muka aku time tue. dah plak tue, kena wat alur lak kat hujung paip tue. memang kerja berat la.

minah tudung putih sebelah tue bajet jer.. hehehehe..
lepas bengkok paip kena plak buat trunkin. aku mati2 ingat trunkin PVC. tapi rupenyer besi jugak. dah plak tue cara nak bentuk dia lagi susah dari PVC. masak kowt.


dah siap sume benda tue. proses untuk pasang kat bay plak. nie memang memerlukan kekuatan tangan yang kuat untuk mendrill benda2 nie sume ke dinding. nasib baek la dinding kayu. kalau dibuatnyer dinding besi. boleh koma aku seminggu. heeeeeee~


dah siap lekat semua, kerja wiring bermula. nampak tak kotak kat gambar atas nie. dalam kotak tue la semua benda macam MCB, ELCB, MCCB terletak. dan kitorang kena wirng benda2 nie semua. task kitorang adalah untuk menyalakan lampu, socket outlet ngan menggerakkan motor.


dan akhirnya kitorang berjaya meyelesaikan task yang diberi dengan cemerlang. tanpa ada sesape yang terkena elektrik shock ataupown bay meletop. alhamdulillah..^_^


sape kate orang perempuan tak boleh buat wiring.. heeeeeeee~

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

Facebook Badge