welcome..^_^

3:12 AM


petikan dari friendster a long time ago. aku memang suka sangat dengan penulisan En Shehdi nie. En Shehdi nie untuk pengetahuan semua, dia merupakan lecturer kimia masa aku kat matriks Perak dulu. tapi sekarang dia dah berpindah ke matriks Selangor.

dulu ingat lagi masa kat matrik sem 1. diwajibkan untuk kelas dia ada 1 fail ring besar sebab kitorang dibekalkan dengan banyak kertas. tebal sangat2. bukan sekadar nota. bahkan semua penulisan dia. dia memang seorang lecturer yang penuh motivasi.

tapi masa matriks dulu aku tak sempat baca. sebab mana dan nak baca semua tue. dengan tutorialnyer, kuiz nye. dahla matriks masa dia pendek jer. memang tak sempat nak baca semua tue. dah masuk UMP pown aku masih tak de peluang untuk baca. akhirnya aku wakafkan semua tue kat adik sedara aku. dia sekarang belajar kat KMJ.

lebih kurang besar niela file nyer

dah masuk UMP nie pown aku masih lagi dapat baca penulisan dia melalui mesej2 kat fb. tapi agak susah sebab tulisan agak kecik. kadang2 kalau panjang sangat aku tak baca. ngeeeeee~

baru2 nie aku dapat mesej dari dia. dia dah bina blog menggunakan blogspot. akhirnya dia ada blog. senang la aku nak baca penulisan dia. hehehehehe~


gambar kat atas nie pulak hasil dari kerja tangan dia. selain menulis, dia suka edit gambar. kalau bukak fb atau friendster dia, penuh gambar2 student yang dia edit.

p/s: korang takkan jumpa aku mana satu dalam gambar nie. sebab masa tue baru balik dari PLKN. jadi muka paham2 jela camner. heeeeeee~

welcome to blogger world EN SHEHDI..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge