ada orang kata taste aku teruk..

8:40 PM

aku memang peminat nombor satu filem melayu. tak kisah la filem ape. aku akan tengok. bagi aku lagi berbaloi kalau habes duit beli tiket tengok cerita melayu dari beli cerita orang putih. hehehehe..

bukan ape aku nie bahasa inggeris bukan la hebat sangat. dah la pekak badak. nak paham sepatah2 ape yang orang2 putih nie duk cakap amik masa. lagi2 kalau dibantainyer slang british. migrain aku wei. huhuhu..

bagi aku cerita melayu tak dela teruk pown. tapi nape mesti ada yang nak kondem. baru2 nie aku ada review cerita 321 cinta. bagi aku cerita tue memang best. senang paham dan ada pengisian. tapi ada yang tak puas hati dengan review aku tue.


kepada orang yang bertanggungjawab komen, taste awak dengan saya memang totally laen. walaupown bagi awak lapok, tapi bagi saya ape salahnyer. sedangkan cerita2 P. Ramlee pown kalau ikutkan dah lapok. tapi masih ada jer yang suka tengok. tak jemu pown ulang2. sebab yang lapok tue jugak yang best. sebab tue hakikat kehidupan sebenarnyer. jadi saya nak awak hormat la taste masing2 ye. 

hahahahaha.. kalau ikutkan aku bengang la jugak bila dikatakan taste aku teruk. tapi bila pikir balik lantak jela. janji aku bahagia.

teruk sangat ke taste aku..?? huhuu..

p/s: follower aku hilang lagi.. tak pela sorang pergi sepuluh datang.. heeeeeee~



You Might Also Like

8 komen dari peminat setia