day 28 - hobi anda

9:00 AM

30 hari cabaran blog

hobi aku macam2.

baca buku.. aku boleh dikatakan ulat buku. pantang dapat buku aku akan baca kadang2 boleh sampai lupa makan minum. ingat lagi masa sekolah dulu aku jadi pelanggan tetap perpustakaan sekolah. sampai kakak yang jaga kat situ kenal aku lagi sampai sekarang. tapi aku hanya suka baca buku bahasa melayu. buku bahasa inggeris aku agak lemah sikit nak baca. hehehe..

kumpul barang.. aku suka mengumpul. kumpul ape jer yang boleh dikumpul. antara barang yang aku pernah kumpul keychain, komik, sticker, hadiah dan banyak lagi. kadang2 sampah pown aku kumpul. janji ada kenangan dengan benda tue. aku pernah simpan air water cooler aku amik kat Sabah masa PLKN dulu. aku simpan dalam almari aku. tapi akhirnya aku amik keputusan untuk buang sebab takut ada pape effect tak elok. huhuhu..

membebel dalam blog.. nie hobi aku yang baru mula tahun nie. hobi yang sangat mencabar sebab hari2 kena perah otak untuk pikirkan ape yang nak dibebelkan dalam blog. kalau boleh aku nak berkongsi ape yang aku rasa dan ape yang aku tahu dengan semua kawan2 aku. mula2 blogging untuk suka2 lama2 jadi hobi dan sekarang tak boleh berenggang dengan blog nie. hihihi..

tidor.. nie aku akan buat kalau dah memang dalam keadaan boring tahap gaban. memang dah tak tau nak watpe dah. tidor la jawapannyer. tak kira masa. tapi aku bukan lah orang yang kuat tidor. tapi sekali aku dah dapat tidor memang susah nak bangun selagi tak de orang kejutkan. hahaha..

makan.. suka makan sampai badan pown makin membulat macam belon. kalau kat UMP boleh la tahan sebab malas nak turun kafe beli makanan. tapi kalau kat rumah memang setiap masa bukak peti sejuk carik makanan ape yang boleh dimakan. hasilnyer pown sendiri boleh nampak la kan. ngeh3..

hanya sekadar hobi.. hehehe..^_^





You Might Also Like

1 komen dari peminat setia