kak tia tak pose..!!!!

5:50 PM

aku ingat lagi puasa pertama aku sebagai seorang gadis yang dah akil baligh. aku diberi rezeki untuk puasa kat Madinah dan Mekah. masa tue aku baru darjah 6. ibu ngan apak hadiahkan aku sebab aku berjaya dapat 5A dalam UPSR.

sehari lepas berada di Mekah aku diberi cuti dari berpuasa. kebetulan masa kat Mekah adik sedara lelaki aku duduk sbilik ngan aku. masa tue kalau tak silap umur dia baru 6 ke 7 tahun macam tue la. aku pown tak sure sangat. dia baru jer belajar puasa tahun tue.

ada satu hari nie masa semua orang pergi masjid solat aku duduk sorang2 dalam bilik. aku pown lepak tengok TV sambail makan keropok. tengok cerita arab. naseb baek ada sarikata bahasa inggeris. paham2 gitu jela. tetiba dia ngan mak dia masuk bilik. kelam kabut aku sorok keropok tue. entah macam mana dia boleh nampak. dia merengek. “umi..!!! kak tia boleh tak puase kenape adik tak boleh..??” kelam kabut mak cik aku cover aku. sebab adik sedara aku tue sebenarnyer tunggu peluang jer tak nak posa. penat makcik aku bagi alasan pujuk dia. nasib baek akhirnya dia terima. yang aku pulak buat bodoh jer. sebab aku pown tak tau nak watpe. huhuhu..


alang2 aku tak pergi masjid, aku diamanahkan oleh nenek aku untuk amik makanan kat kantin untuk berbuka. senang bila dorang balik masjid boleh terus makan. kadang2 mak cik aku tak bawak anak dia nie pergi masjid. dia tinggalkan dengan aku. dia la selalu teman aku amik makan. kitorang asyik gaduh jer. ada sekali tue aku bengang giler, aku kurung dia kat luar bilik. tak bagi masuk. selalunya orang kurung kat dalam bilik. tapi aku lak kurung luar bilik. entah pape entah. menangis teresak dia aku buat. Budak kecik la katakan.

pandai buat pandai la pujuk. naseb baeklah dia senang dipujuk. naseb baek jugakla dia tak mengadu kat umi dia. selamat aku. bila teringat balik rasa lawak sangat. lagi2 tang kantoi tak puasa tue. sejak tue aku tak berani makan walaupown tinggal sorang2. kesian kat makcik aku sebab kena menjawab.

tapi bila ngan adik2 aku laen pulak. dorang tak mengadu. siap join sekali aku kenduri makan. ingat ada sekali tue aku tak puasa. adik aku nombor 2 lak tak puasa sebab gastrik. yang nombor 3 kecik lagi masa tue. ibu aku pulak dia tau anak2 dia tak puasa masak lauk awal untuk kitorang. lauk tom yam lak tue. siap periuk2 sekali kitorang bawak letak depan TV kat ruang tamu. Makan adik beradik. Masa tue rasa best giler.

kalau kat matrik ngan UMP lak masa tak puasa aku pakat makan maggie dalam bilik. lagi2 kalau ada geng. memang kenduri maggie la dalam bilik. teringat cerita2 lama. kalau ada kelas pulak terpaksa la puasakan diri walaupown tengah cuti. yela nak makan per pown. takkan nak curik makan kat toilet lak. tue pengotor namanyer. hehehe..

ABC stands for Allah Bagi Cuti..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge