day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

9:00 AM


tetiba terimbau balik kenangan lalu. masa zaman sekolah dulu. aku nie sorang yang agak nerd. hidup aku hanya kat sekolah dengan rumah jer. jadi kawan2 aku hanya budak sekolah aku.

salah paham. nie yang selalu menjadi punca utama pergaduhan. aku pada mulanya pikir aku dah dapat kawan yang akan kekal dengan aku selamanya. tapi disebabkan salah paham yang terjadi secara tak sengaja kitorang tak bertegur sapa selama 2 tahun. sampai la aku habis sekolah. kitorang masih macam orang asing. sedangkan berkawan dari tadika lagi. sedih sangat.

aku ingat lagi masa tue aku hepy sangat sebab aku baru jer habes dari dengar taklimat dari cikgu tentang percutian akhir tahun pengawas kat lost world of tambun. siapa tak seronok kan. bukan selalu dapat pergi.

dipendekkan cerita aku masa tue menuju ke hentian bas nak tunggu bas sama2 dengan kawan yang laen. muka memang senyum sampai ke telinga la masa tue. tetiba kawan aku nie datang attack aku. terkejut giler masa tue. sampai aku jadi speechless.

"sampai hati kau tia ko buat kitorang camnie"
"buat ape..??"
"ko sengaja tak bagitau kitorang yang latihan kansel. aku nampak ko jumpa cikgu tadi. nape ko tak bagitau. tak pasal2 kitorang kena marah dengan cikgu BI"

aku terkejut. bila masa aku jumpa cikgu..?? seharian aku tak bercakap lansung dengan cikgu tue. lagi satu bila masa cikgu BI pernah marah2. setahu aku dia cikgu paling baek pernah aku kenal. memang teruk aku kena marah. aku pulak tak tau nape aku tak dapat bela diri aku. yang tak boleh belah siap ada saksi nampak aku jumpa cikgu tue.

benda tak berlaku tetiba ada saksi. aku menangis sepanjang perjalanan balik. tak de siapa yang bela aku. pada mata semua aku yang salah. masa tue sedih sangat. kawan yang aku sayang buat aku macam nie. marah tanpa tanya aku betul ke tak.

balik jer rumah terus aku telefon saksi yang kononnyer nampak aku jumpa ngan cikgu tue. tak sangka jawapan laen dari masa kat hentian bas. dia lansung tak nampak aku kat sekolah. macam mana pulak dia boleh nampak aku ngan cikgu. aku dapat tau dari saksi dia sendiri terkejut bila kawan aku cakap macam tue. saksi mengaku dia tak de kaitan lansung. jadi terang2 la aku betol. kawan aku salah.

esoknyer aku jumpa orang yang sepatutnyer bertanggungjawab tentang hal nie. aku cakap kat dia kalau ada ape2 pesanan cigu jangan lupa bagitau yang laen jugak. tetiba kawan kelas aku menyampuk.

"owh yang pasal you kena marah semalam kan"
"lebih kurang la"

kawan kelas aku pown cerita kat orang yang bertanggungjawab tue. apelagi terus dia jumpa cikgu cerita ape yang berlaku. cikgu pown bersihkan nama aku. aku ingat dah selesai. rupanya laen pulak yang jadi. dia pikir aku yang mengadu kat cikgu. adeih satu hal pulak timbul

sejak tue aku ngan dia tak bertegur sapa. sampai la habis sekolah.

alhamdulillah hubungan kitorang dah tak macam dulu. mungkin masing2 dah matang. malas nak pikir cerita2 lama. semoga apa yang berlaku kat aku dulu takkan berulang lagi.

peace no war..^_^





You Might Also Like

2 komen dari peminat setia