Nuffnang Celebrates BlogDay!

2:33 AM

sempat lagi rasanyer untuk aku turut serta dalam acara nuffnang nie.



Blog Day was created with the belief that bloggers should have one day dedicated to getting to know other bloggers from other countries and areas of interest, and Nuffnang is proud to be celebrating the 6th Blog Day on 31st August 2011!
On Blog Day, bloggers will post a recommendation of 6 new blogs, and this way, everyone will find themselves discovering new, previously unknown blogs thanks to the viral effect of social media. Sounds great, doesn’t it?

jadi aku dengan besar hati memilih blog2 di bawah nie untuk direkomen ke nuffnang sebagai blog favourite aku.

belog cik aish


blog yang mengisahkan liku2 kehidupan seorang wanita yang sangat comel dan ceria yang menggelarkan dirinyer sebagai cik aish. seorang penggemar cokelat macam aku jugak. kadang2 bila masuk blog dia tetiba rasa nak pergi kat peti ais amik cokelat. kalau ada la. hehehe..

mula jumpa blog nie masa tue tengah frust menonggeng putus cinta. besfrenz aku, alia yang jumpa dulu blog nie. dia suggest kat aku sebab bagi dia blog nie memang best. walaupown alia bukanla seorang blogger. bila baca ape yang tertulis dalam blog nie buat aku sedar hidup nie sebenarnyer memang banyak cabarannyer. tapi kita sebagai manusia kena pandai mengatasinyer dengan akal bukan emosi. ape pown hidup memang sedap macam makan cokelat. 



blog yang yang tidak serius dimiliki oleh sekacak bergaya bernama zack zukhairi. telah berjaya membuatkan ramai orang tak senang duduk sebab sentiasa menanti update dari beliau. beliau tergolong antara blogger yang sangat2 famoz.

blog nie aku dah lama jumpa. sebelom aku jadi blogger tegar lagi. suka baca blog nie sebab bahasa yang digunakan sangat sempoi dan senang paham. panjang mana pown entry tetap jugak nak baca sampai habis. banyak mengisahkan kisah2 pemilik blog dari beliau kecik sampai la sekarang. paling suka baca pengalaman beliau sebagai seorang pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun. teringin jugak nak ikut jejak langkah beliau. 



blog santai yang sangat santai. banyak megeluarkan entry dalam bentuk flash. blog milik seorang jejaka jambu yang menggelarkan diri sebagai ayeem jemain.

masa mula jumpa blog nie rasa sangat teruja sebab first time jumpa entry dalam bentuk flash. aku nie agak buta komputer masa tue. tak tau pasal flash2 nie. masa matriks dulu pernah belajar. tapi tak sangka dengan flash boleh buat macam2. banyak mengetengahkan fakta yang agak masuk akal walaupown tak tercapai dek akal. macam mana tue..?? kalau nak tahu cer try masuk blog nie dan rasakannyer sendiri. hehehe..



blog yang tak bertema tapi banyak mengetengahkan entry sempoi untuk tatapan umum. banyak fakta dan jugak benda2 baru boleh didapati dari blog nie. fakta2 yang sangat berguna dan boleh diterima akal. 

blog nie bukan sekadar mengeluarkan fakta2 yang ada di dalam Malaysia jer. tapi luar negara pown ada. terdapat jugak gambar2 menarik yang mungkin kita sendiri tak pernah terpikir benda tue wujud kat dunia nie. nama goblog diamik dari perkataan jawa goblok yang bermaksud kurang pandai. tapi bagi aku pemilik blog sebenarnyer sangat2 pandai sebab berjaya mengeluarkan entry yang sangat2 menarik. 



blog milik seorang ibu muda bernama safiyyah osman. selalu jer senyum sorang2 bila baca blog nie. sebab pemilik blog nie sweet sangat. walaupown masih lagi bergelar seorang pelajar, beliau masih dapat menjalankan tanggungjawabnyer.

mula jumpa blog nie masa aku join contest pemilik blog I love myself contest. masa tue beliau masih lagi bertunang. suka giler bila scroll jer bawah blog nie ada perancangan untuk majlis perkahwinan beliau. sangat2 teratur. sejak tue aku mula menjadi pembaca blog nie. tak sabar nak tunggu kehadiran baby beliau ke dunia nie. mesti comel. blog nie buat aku rasa sekarang jugak nak kawin. tapi masalahnyer sapa nak kawin ngan aku..?? ngeeeee~


kisah seorang gadis melayu

blog milik seorang gadis melayu bernama atia. mula berblog dari zaman matriks lagi. tapi mula aktif berblog awal tahun nie. mengisahkan kehidupan beliau sebagai seorang anak, kakak, dan sahabat.

yup ini adalah blog aku. aku senaraikan jugak sebab memang blog nie antara blog favourite aku. aku suka baca balik semua penulisan aku. sebab ape yang aku tulis kat blog adalah kenangan yang mungkin takkan berulang lagi. tapi sekali sekala nak ingat balik tak salah. selalu senyum sorang2 bila baca blog nie. kenangan terindah yang takkan dilupakan dan akan sentiasa diabadikan dalam blog yang tak seberapa nie. hidup bukannya selalunyer indah.

blog day...!!!!!


You Might Also Like

6 komen dari peminat setia