day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka

9:00 AM


guru sekolah yang paling aku suka dan paling aku sayang ialah cikgu sejarah aku masa sekolah menengah. Pn Zalela Ahmad. dia guru kelas aku 2 tahun berturut.

walaupown sejarah bukan la satu subjek yang best. boring kowt. tapi aku tetap suka dan sayang cikgu nie sebab dia paham semua perangai pelajar2 dia. tak pernah merungut. dia sentiasa buat yang terbaek untuk kami satu kelas.


dia seorang yang peramah. subjek sejarah yang memang familiar dengan 'keboringan' jadi seronok kadang2. dia pown bukan jenis yang suka bebankan murid dengan kerja rumah. yang lagi bestnyer pasal dia jugak la aku dapat sejarah A2 untuk SPM. hebat la bagi orang yang bengong macam aku nie. hehe..



selaen tue aku suka jugak cikgu BM aku. Pn Norezan. pasal dia la aku jadi seorang yang pandai buat ayat. walaupown kadang2 merapu. kalau ada pertandingan macam bahas, pidato, forum remaja, dia selalu naekkan nama aku sebagai calon. dan akhirnya disebabkan tak ramai yang minat nak masuk aku terpilih jadi wakil sekolah. ada yang jadi simpanan ada jugak yang jadi utama.

korang mesti tak percaya kalau aku cakap aku nie pembahas sekolah. tak payah percaya la sebab aku jadi simpanan jer. tukang tulis skrip dan bagi idea untuk isi. bukan aku tak berani untuk bersuara. cuma aku ada maslah sikit kat suara aku. sebutan aku tak jelas. gara2 penyakit tonsil yang aku hidapi. penyakit tonsil..?? nanti aku cerita kat post laen.

dulu masa sekolah teruk sangat sampai kadang2 aku tak boleh cakap lansung. tapi ada juga pertandingan tak jadi simpanan. forum remaja. tempat ketiga peringkat zon. dan hampir mendapat tempat peringkat daerah. kira ok la tue kan. ngeeeee~



dalam banyak2 subjek, aku paling suka skor subjek agama. selalu dapat A. banyak kali jugak dapat seratus. menjadikan semua ustazah yang mengajar aku dari tingkatan satu sampai la tingkatan 5 cikgu favourite aku. kalau dalam kelas gama aku la budak yang paling banyak cakap, banyak soal dan banyak songeh. heeee~

windu la pulak zaman sekolah..^_^

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia

  1. alamak lupa dah... bnyk sgt guru dulu... semua best2 plak tu..

    ReplyDelete
  2. Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di Bangi, Selangor.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah melayari blog berikut: http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete