day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

9:00 AM


jenis manusia..??

ape maksudnya..??

menarik perhatian tue maknanyer suka kan..??

pening jugak nak menjawabnyer. tapi cuba jela. cabaran hari ke 19- jenis manusia yang menarik perhatian aku ialah orang yang peramah dan banyak cakap.

aku suka orang yang macam nie. sebab apa seronok kalau dapat berborak ngan dorang. aku bukan jenis yang pandai berborak sangat. tapi aku suka berborak. aku jenis akan banyak cakap dengan certain2 orang jer. contohnyer rumate aku. sebab aku bukan sorang yang peramah sangat.

aku takkan mulakan bercakap selagi orang laen tak mulakan. macam tue jugak kalau kat ym atau fb. kalau nak kenal tegur jer. aku akan jawab. tapi kalau nak harap aku tegur dulu jangan harap. memang takkan la. sebab aku tak pandai nak mula dulu. 

selalu jer dikatakan sombong sebab buat camtue.
"kenapa dah lama tak mesej..??"
"kenapa dah lama tak chat..??"

kalau korang nak mesej atau chat ngan aku tolong la mulakan dulu. sebab aku susah nak mulakan. macam2 benda yang aku takutkan. 

"aku nie mengganggu ke..??"
"tak nak kacau la takut dia bz"
"malu la nak mula dulu"
"nak cakap pasal ape ea..??"

persoalan yang buatkan aku susah nak mulakan dulu sesuatu perbualan. tue yang aku suka dengan orang peramah. dorang pandai camner nak mulakan perbualan.

antara orang yang aku kenal yang memang bukan peramah tapi banyak cakap roomate aku elya. dia kalau dah mula bercakap memang tak ingat dunia. lagi2 kalau soal bergayut. tak kesah la henset ke, ym ke atau oovoo. memang dia power la. pernah sekali dia berborak ngan sorang kawan dia nie dekat lima jam. sedangkan dia baru jer kenal ngan orang tue. memang jelas keramahan dan banyak cakap dia. hehehe..

dah satu sem aku tak serumate ngan dia. sebab aku pindah pekan. rindu kat dia. lagi bila dapat tau dia excident haritue. buat aku nak sangat2 jumpa dia. dia la selalu ceriakan hidup aku kalau kat UMP. sebab keramahan dia dan mulut dia yang banyak cakap. 

banyak cakap tak semestinya mulut murai..^_^





You Might Also Like

2 komen dari peminat setia