day 9 - perasaan anda hari ni

9:00 AM

30 hari cabaran blog

aku pown tak pasti ape perasaan aku sekarang. tak henti2 tersenyum. tak tau nape. mungkin ape yang berlaku malam tadi kowt.

ape yang berlaku..??

aku dapat miskol dari ex boyfren aku. kalau korang la. kalau ex boyfren korang miskol ape korang buat
a. telefon balik
b. mesej tanye kenapa
c. buat bodoh jer

tapi ape yang aku buat adalah (b). aku mesej dia tanya dia nak pe. mungkin satu tindakan yang bodoh. tapi aku rasa lega. sebab aku dapat lepaskan segala beban yang ada.

kononnyer dia nak berkawan 'baek' dengan aku. tapi memang jangan harapla. pakwe orang tue. takkan aku nak kacau. lagi pown prinsip aku memang jelas. aku akan berkawan dengan sesiapa jer yang nak berkawan dengan aku. tapi aku takkan sesekali berkawan 'baek' dengan pakwa orang. lagi2 ex boyfren. memang takkan la.

dia memang tak malu mengaku aku nie gadis idaman dia. dia tak sedar ke ape yang dia dah buat kat aku..?? tak tau malu ke..?? tak de lansung ke rasa serba salah..??

sejak tue aku tak berhenti senyum. sebab ape. aku berjaya lepaskan apa yang terbuku didada. memang lega. dulu aku pendam jer ape yang aku rasa. aku tak angkat bila dia tepon. aku tak balas bila dia mesej. sampai dia sendiri tak tau nape aku jadi camtue.

sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. selama dua bulan aku kaple ngan dia, aku tak tau lansung rupanya aku kaple dengan pakwa orang. jahat ke aku nie..?? jadi tak salah kalau aku ada prinsip takkan sesekali berkawan 'baek' dengan pakwa orang. tak bertamadun ke aku kalau aku ada prinsip macam tue..??

cara dia mesej aku macam aku yang bersalah dalam hal nie. jap.. memang aku salah. salah sebab beri kepercayaan kat dia untuk jadi pengubat hati aku yang lara. aku bodoh sebab percaya semua kata2 dia yang kononnyer akan buat aku lupa pada cinta pertama aku. tapi rupanya dia lagi teruk.

aku ingat mesej aku dulu dah jelas yang aku tak nak ada ape2 kaitan dah dengan dia. rupanya dia lansung tak paham. sebab bagi dia ape yang dia lakukan tak salah. lantak dia la. janji aku dah nekad takkan bagi dia peluang untuk dekati aku lagi. ape yang berlaku dulu aku takkan biarkan berulang. semoga Allah sentiasa melindungi aku dari orang2 yang macam dia. amin.

^__________________^






You Might Also Like

2 komen dari peminat setia