nyawa di tarik di bulan puasa..

3:33 PM

tetiba aku teringat zaman puasa kat matriks dulu. masa tue pertama kali aku puasa jauh dari keluarga. masa tue baru rasa macam mana seksa tak dapat sahur. kalau dulu bila sahur tak nak makan. sampai ibu paksa makan. ibu akan senduk nasi untuk kitorang adik beradik. sebab tahu kalau kitorang senduk sendiri memang sikit jela.

tapi sekarang bila kat rumah aku akan manfaatkan masa sahur sepenuhnya. dah lama tak rasa nikmat sahur. sebab dah tiga tahun sahur dengan air suam. tak pown tak sahur lansung. tapi rindu pulak kemeriahan bersahur ramai2.

tetiba aku teringat kat arwah Siti. teringat pengalaman berpuasa dengan dia. pergi bazar sama2. berbuka sama. kongsi2 makanan ngan minuman. jaga dia masa dia sakit. menangis masa aku dapat tahu dia tinggalkan aku. menatap wajah dia kali terakhir kat rumah dia. 

walaupon dah tiga tahun berlalu, peristiwa yang berlaku masih terngiang kat fikiran aku. aku takkan lupa semua tue. aku kadang2 masih lagi nangis bila teringat kat dia. aku rindu senyuman dia, suara dia, dan semua tentang dia. tak sangka kawan aku tue meninggal di bulan puasa yang penuh dengan keberkatan.

Siti dah 3 tahun ko tinggalkan aku. tapi sesaat pown aku tak lupakan ape yang pernah berlaku sepanjang kita berkawan. aku sayang ko. aku tau ko pown sayang aku. sebab tue aku takkan lupakan ko. ko la kawan baek aku dunia akhirat. tak de siapa dapat ganti tempat ko sebagai kawan terbaik aku. aku rindu sangat kat ko.

semoga ko sentiasa dicucuri dan dilimpahi rahmatNya.. Al-Fatihah

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia