dadah sedap ke...???

12:00 PM

pada 19 hingga 22 Mei 2011 kelab pemadam IPT telah mengadakan konvesyen pemadam kat UTM. aku alang2 dah ada kat UMP join jela benda nie. walaupown aku bukan ahli kelab pemadam atau pown kelab anti dadah ke pe. lagi pown nak tambah markah merit punya pasal. pergi jela.

kitorang bertolak dalam pukul 10pg dari UMP pekan. sepanjang perjalanan aku lebih tidur jer sebab aku tak tido satu malam. hehehehe.

tapi serius sangat2 la boring. sebab program nie penuh dengan ceramah.. ceramah.. dan cermah. naek pening kepala dengar benda yang sama jer. boring sesangat. tetiba macam menyesal jer pergi. tapi bila pikirkan bukan selalu peluang untuk pergi UTM. aku redha jela.


bila aku bosan jer tandas la jadi tempat yang dituju. nak buat camner duduk dalam tandas lagi seronok dari dengar cermah yang tak henti2 tue. sempat jugak kitorang ponteng ceramah. dah tak sanggup dengar. bukan dengar pown. duk tersengguk menahan ngantok. adoyai..


malam pulak kitorang keluar. sempat jugakla rasa nasi ayam penyet, bakso ngan pecal lele. mula2 pecal lele tue aku ingat kan pecal yang sayur tue. campuran sayur lepastue tuang ngan kuah kacang. sedap kowt. tapi rupanya pecal lele tue nasi ngan ikan keli goreng. dahla baru lepas makan bakso. nak tak nak kena la habiskan. nasib baek bakso dia seciput jer. hehehehe.


masa gap hari sabtu tue sempat jugakla kitorang keluar. tapi setakat pergi Angsana jer. boring giler. duit dahla bawak cukup2 makan jer. tak pasal2 habisla jugak duit aku dekat RM10. tue pown sebab beli makanan jer. sempat jugak la aku merasa dunkin donut. lama giler tak makan benda tue. sebab duk layan big apple jer. heheheh.. aku ingat dapat la jalan2 kat tempat best sikit. tempat pe je yang best kat Johor ea..??


esoknya pulak kitorang ada larian anti dadah. aku dahla tak suka giler2 kalau bab larian nie. stamina tak kuat kowt. naseb baek la ada ruby. dia pown tak larat jugak nak lari. jadi sepanjang 3km tue kitorang berjalan jer. makan angin. hampir2 jugakla dorang suruh aku berhenti jer. naek kenderaan balik ke tempat mula. tapi alang2 dah jalan jauh. teruskan jela. hehehehe..


orang laen duk sebuk berlari. aku ngan ruby boleh pulak makan angin. sempat tangkap gambar lagi. hehehehe..

ape pown UTM memang besar giler kawasan dia. memang boleh sesat la dalam tue. tak sabar pulak nak tengok UMP pekan siap. mesti besar dia lebih kurang jer ngan UTM. tapi masa tue mesti aku dah graduate dah. huhuhuhu..

say no to dadah..^_^

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia

  1. sedapnya nasi ayam penyet ngan donut tu..

    ReplyDelete
  2. nice picca la awak :)
    ... jom join bloglist shiema :)

    ReplyDelete

Facebook Badge