jata negara..

1:55 AM

Malaysia

aku bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia. sebuah negara yang indah, aman dan permai. bebas untuk kemana-mana. tanpa perlu risau tentang peluru sesat atau bom atom. 

Selangor

aku dilahirkan di negeri yang dinamakan Selangor Darul Ehsan. negeri yang paling kaya di malaysia. paling maju dan paling pesat membangun. tapi aku jer yang masih duduk di bawah tempurung. sebab kalau orang tanye aku tempat2 kat Selangor aku tak dapat nak jawab. ngeeeeee~

Sabah

habis jer SPM aku dapat tawaran untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. yang best nyer aku dapat kat Sabah. Kem KK Di Bawah Bayu Tuaran Sabah. pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup.

Perak

habis PLKN aku diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Perak. selama setahun aku belajar erti berdikari dan hidup tanpa ibu ngan apak aku. makan beli sendiri, baju basuh sendiri, bangun tidor kejut sendiri. pendek kate semua buat sendiri.

Pahang

setelah aku graduate dari KMPk, aku diterima masuk ke Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan kejuruteraan elektrik (sistem kuasa). aku telah menempuh hidup selama 2 tahun kat sana. tinggal lagi 2 tahun untuk graduate. tak sabar menanti saat itu..

Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Perlis
Pulau Pinang
Terengganu

semua negeri2 kat atas nie dah pown aku jejakkan kaki. sama ada melancong atau menjalankan aktiviti. teringin nak pergi lagi. banyak betol kenangan yang masih segar dalam ingatan nie. 

Sarawak

tapi dalam banyak2 negeri kat Malaysia satu jer aku tak pernah pergi lagi. negeri Sarawak. entah bila agaknya aku berpeluang menjejakan kaki ke negeri nie. emmmmm..

p/s: sebenarnya gambar2 bendera kat atas nie adalah hak milik kekal aku. aku lukis sendiri guna paint. masa tue aku belum ada lagi fotoshop. nak copy aku tak kesah. janji jangan ngaku korang punya sudah la. hehehehehe..^_^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia