dulu dan sekarang

2:57 AM

tengah duk boring2 nie aku pown belek2 la file aku. nak tengok pe yang best di tengok. untung2 ada bahan untuk blog. aku pown tertengok gambar2 bawah nie.

dulu
sekarang

tak sangka pejam celik dah dekat sembilan tahun aku tinggalkan sekolah rendah. rasa macam baru jer semalam kena tampar ngan cikgu Mahathir sebab salah jawab soalan kat papan hitam. extreme sungguh kan cikgu aku. kenangan pahit yang takkan lupa sampai bila2.

aku jugak tak sangka seorang budak kecik yang comel sekarang bertukar menjadi seorang gadis melayu yang chubby. tetiba rasa macam nak kembali ke zaman kecik2 dulu. zaman dimana orang bila jumpa aku

"comelnyer...!!!!"
"macam cina.."
"cantiknya rambut.. blonde rambut ke..??"

 

betol aku tak tipu. aku ingat lagi dialog2 nie. tapi bila masuk sekolah rendah. badan pown dah gemok gedempol. tapi naseb baek kulit maintain cerah.

"mak mok....!!!!"
"tembamnyer...!!!!"
"nak cubit pipi boleh..??"

nie memang aku tak boleh belah. suka2 hati jer nak cubit2. dahla panggil mak mok. malu giler. adeih...

masuk sekolah menengah ada dua versi. masa tue sekolah perempuan. versi pertama maintain gemok dan maintain cerah. 

"Maizatul ke nie..?? ingat kan cina mana tadi.. comelnya awak free hair pakai topi.."
"putihnya ko.. macam budak cina.."
" wei ko rebonding ea rambut ko tue..??"

versi kedua. maseh di sekolah menengah. kawad kaki punya pasal aku jadi gelap sangat2. sun burn orang putih cakap. mereka2 pown cakap

tak cakap pape pown. ngeeeeeee~


dulu dan sekarang memang berbeza. orang berubah. kita tak boleh toleh dah kebelakang. sebab masih banyak yang menunggu kita di depan. yang berlalu biarkan berlalu. semoga hidup aku pada masa hadapan lebih baek dari masa lampau aku. amin..

setiap saat begitu berharga..^_^

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia