training berbasikal pekan ke nenasi..

8:23 PM

pagi tadi bermula training pelajar UMP bersama pelajar sekolah. tak tau nama sekolah tue. aku sedih sangat sebab tak dapat kayuh habis. memang hebat la dorang nie. jarak dia lebih 100km kowt. memang terbaek la.

aku pelik nape aku kayuh macam orang gila dah. tapi nape kelajuan basikal tak berubah. gear dah tukar2. tapi sama je rase. rupanya gear aku tak masuk. dahla aku tak larat nak ngayuh dah. aku tertinggal jauh giler. last2 aku orang pertama yang surrender. sedey sangat2. tapi nak wat camner. tue jer kemampuan aku.

aku hampir nak patah balik UMP sorang2. tapi encik yang kawal kitorang tak bagi aku kayuh sorang2. last2 aku diangkut naek hilux ke bandar pekan. bila nampak dorang sungguh2 kayuh kat depan rasa sedey la pulak. nape la aku tak boley buat macam dorang. terkilan sangat2.


esok latihan ke pantai sepat pulak. harap sangat2 aku boleh pergi. tapi basikal aku camner lak. doa2 la malam nie boley settel. nak jugak kayuh macam dorang. tak nak duduk dalam kereta jer. penat sangat rasa badan. T_T


sampai jer UMP, lepas amik basikal aku balas dendam round UMP untuk lepas geram. lagi2 bila aku tak jumpa basikal aku. tak tau mana menghilang. memang basikal aku tak sehebat yang laen dan bukan jugak hak milik aku. tapi bila jadi camnie rasa emo lak. rasa geram sangat. tue yang bantai kayuh entah sape punye basikal entah.

rupa2nya basikal aku elok tersadai depan bilik jijah dah. mungkin pemilik basikal yang aku amik nie yang letak situ kowt. sebab basikal dia lambat sampai. naseb baekla aku amik jer basikal dia tadi. kalau tak kesian dia kena angkut 2 kali. huhuhu..

semoga aku boleh kayuh esok..>_<

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia