lawak lelaki buta..^_^

5:46 PM

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,
pemilik restoran itu juga berperanan
sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.
Tolong bawakan sudu kotor yang telah
dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan
menciumnya. Dari situ nanti saya tahu
masakan
apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada
dan memberikannya kepada lelaki
tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,
"Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"
Dengan agak terperanjat Amin mencatat
pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi
kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang
lagi. Sekali lagi ia minta sudu bekas dipakai
untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk
makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya
ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu
lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki
buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan
berkata,

"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna
untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam
dan sambal belacan."

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan
tersebut.


Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula
beberapa hari kemudian. Ia datang lebih awal
ketika belum ada satupun pengunjung yang datang
sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana
datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul.
Ia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai
tukang masak di dapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, kamu
usapkan sudu ini di ketiak kamu"
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran
kita," kata Amin setengah memaksa.

Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiaknya"
dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk
menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu
itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata,

"Aku tidak menyangka betul kalau Yati bekerja disini....... 
boleh saya jumpa dia"

Amin: ????????????????.




Moral : Lawak je. Jangan berniat jahat kepada
seseorang.

You Might Also Like

7 komen dari peminat setia