lawak part-time

8:49 PM

kisah nie terjadi disatu hari yang sungguh menyayat hati bagi seorang insan yang telah dibuang keje. dia sungguh sedih kerana dia adalah anak sulung daripada 19 orang adik beradik, jadi segala perbelanjaan dirumah maupun perbelajaan sekolah adik2 nyer terpaksa di biayai.

jadi, nak dipendekkan cerita pada suatu hari, beliau terlalu tension kerana sudah beribu-ribu temuduga dan jenis kerja telah beliau hadiri. malangnyer satu pun tak berjaya. lalu beliau ambik keputusan untuk realease tension. petang tu pun beliau keluar berjalan-jalan fikir cam ner nak selesaikan problem carik kerja ni.

jalan punyer jalan sampailah kat Zoo Negara. masa sampai kat pintu gerbang, beliau terpikir lak 

"bak per aku masuk kat dalam Zoo nih? nak buat aper? tak per la. sekali sekala maner la tau dapat idea..." 

beliaupun meneruskan perjalanannyer itu masuk ker Zoo itu. semasa beliau ber jalan2 sambil melihat haiwan2 dan binatang liar disana, beliau terserempak dengan kawan lama. lalu kawannyer itu menyapa

"hai....Ucop, lama tak nampak?"
"ader ...busy, tapi skang ni aku tak busy dah..."
"naper?" "aku dah kene buang keje..problem betul la...."
"la...apsal kau tak bagitau aku awal2x...ari tu ader keje full time kat sini..tapi dah tak der dah...dah full...tapi, kau jangan risau, kat sini ader keje part time....kau nak?"
"eh! betul ker? mestilah aku nak!, aper keje tu?"
"senang jer...zoo ni sebenarnyer kekurangan haiwan, aper kata kalau kau jadi BERUK ala....pakai sarung..., mahal tau bayarannyer.."

setelah beliau berfikir panjang, beliau pun membuat keputusan setuju menerima keje tersebut, kerana memandangkan kemelesetan ekonomi yang berada diparas kritikal ini..

"bila boleh start?"
"kalau kau nak esok pun bleh!!". "buat apa esok, hari ini pun boleh...."
"kalau macam tu, okeyla.. aku bagi tau bos aku dan kau bolehla bersiap sekarang, nah uniform"

dengan bangganya beliau terus memakai uniform yang berupa bulu beruk itu. dan terus masuk kedalam sangkar yang disediakan. Setiap pengunjung yang melalui sangkar itu merasa pelik dan hairan kerana jarang sekali terjumpa beruk seperti didalam sangkar itu kerana beruk itu boleh berkata-kata.

lalu ramailah orang mengerumuni sangkar beruk itu sambil bertepuk tangan dan bergambar. beruk itu merasa riak dan bangga yang di tahap maksimum lalu beliau terus melompat-lompat dan dgn tidak disengajakan. beliau telah termasuk kedalam kandang harimau yang berada bersebelahan dgn sangkarnyer. beliau berasa panik sambil meminta tolong.

"TOLONG!...TOLONG!...TOLONG!...

beliau menjerit sekuat hati. tapi semua orang tak ambik peduli, maklumlah beruk boleh bercakap. beliau bertambah tak tentu arah apabila harimau itu kali ini betul2 berada dihadapannyer. dalam hatinyer berkata

"matilah aku hari ni....."

sambil mengucap2 ingat nak mati. tiba-tiba, harimau tuh gelak terbahak bahak dan berkata apsal kau menjerit aku pun harimau part time cam kau gak !

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia

  1. hahaha..lain kali g zoo kena tgk btol2 haiwan 2 ori ke tipu..

    ReplyDelete

Facebook Badge