home sweet home..^_^

12:29 AM

alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai kat rumah aku. tanpa sebarang halangan sepertimana yang aku risaukan sebelum ini. semuanya berjalan lancar. 

naek bas pukul 10.40 kat depan UMP gambang. sampai klang dalam pukul 2 lebih. mulanya aku cuak jugak sebab aku tak dapat decide nak naek teksi ke tak. ikut hati takut giler kowt. tapi syukur sangat aku terserempak ngan pakcik teksi yang sangat2 baek hati. 

sepanjang perjalanan ada jer yang dibualnya. aku dah la jenis tak pandai nak berbual sangat ngan orang yang baru kenal. lagi2 orang yang berusia. hormat punya pasal aku layankan jela. 

sampai rumah benda pertama yang aku buat ialah MAKAN. dah lama aku tak makan nasi sebanyak tue. selalu nya aku kawal nasi aku. makan sikit2 jer. takut makin gemok. tapi tadi balas dendam punya pasal. amik kau. nasik mengalahkan nasik jantan. hehehehe..

malam pulak aku bantai makan nasik lagi. yang tak boleh belah nye lepas jer bangun tido terus bukak tudung salji. teruk betol. alaaaa bukan selalu. hihihihi.

malam sikit lak mak aku masak spagetti. memang favourite aku la tue. walaupown perut masih kekenyangan, semangkuk spagetti selamat aku kerjakan. tuela nikmat bila dapat balik rumah.

naseb baek aku kat rumah tak sampai 2 minggu. sebab aku kena balik UMP untuk semester pendek. kalau tak bagai dipam-pam la badan aku jadinya. dahla memang dah gemok. makin bertambah gemok la aku. huhuhu..

seronok dapat balik rumah...!!!!! ^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia