Friday, May 27, 2011

motif ekspedisi berbasikal dari Pekan ke Putrajaya

harinie dorang rehat dari practice. jadi harinie free sangat2. kelas pown tak de. tapi tak tau mood nak berblog down pulak. masa tengah penat2 hari tue punyela semangat. macam2 nak tulis. tapi disebabkan kekangan masa, tak jadi menulis. sekarang bila dah ada peluang lupa ape yang nak ditulis sebelum nie. adoyai..

motif ekspedisi berbasikal dari Pekan ke Putrajaya ialah memberi simbol bagaimana susah payah perjalanan Yang Berhormat Perdana Menteri kita Datok Seri Najib bin Haji Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. dari tempat kelahiran beliau Pekan, Pahang ke kediaman beliau sekarang di Putrajaya.


tue la sebabnya kayuhan akan bermula dari rumah ayahanda beliau yang terletak di daerah Pekan nie. benda nie tak de kena mengena ngan hari belia yang akan diadakan esok. program nie adalah anjuran sepenuhnya parlimen Pekan. setakat nie jela yang aku tau tentang program nie.

30hb nie akan bermulanya perjalanan dari pekan ke putrajaya. perjalanan mungkin mengambil masa 4 hari. jika tiada aral melintang. doa sangat semuanya berjaya tanpe sebarang masalah. walaupown aku yang paling lemah dalam pasukan, tapi tak semestinya aku tak boleh buat. aku akan cuba sebaek mungkin.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami.. amin...n_n

0 komen dari peminat setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez