Thursday, July 14, 2011

karak highway..

"mak Aziz balik dulu mak", 
"Aziz..... mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balikdah pukul sembilan ni.". 
"tak boleh mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". 
"Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" 
"tak apalah mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" 
lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.

"emmmmm.... boring betullah.." 
rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung 

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." 
tiba-tiba Aziz terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya 
" kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhlukghaib......" 
namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya 
"aaaarghhhh........ngarut jer... mana ader hantu....sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." 
kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....
namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak
ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati, tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......"argh...bukan" dikuatkan semangatnya.


semangkin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. 
"orang rupanya ingatkan hantu" 
begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut.....
"mak cik nak kemana ni..? biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......

tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta....
"terima kasih nak" 
kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengarsuara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........ 

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... 
"sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik
berdiri tadi......." 
kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz 
"apa darahhhhh!!!!!!!!" 
jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula....... 

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"
kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya...... 

"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!"
tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna
biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ 
burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!
melimpah-limpah buih itumemenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut 
"maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" 
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. 
"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................."
mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....


"ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!"

12 komen dari peminat setia:

muhamad hanif said...

seram mak ooowww !!





nak brezze sikit bole ?

Elih Japahar said...

Macam baca novel mula2 tp akhir sekali tak bo blah...sabun cuci rupanya!! haha

Eh..Ko Tu Junior lah,Ikut Senior Je lah !!

amiraliyana said...

erk! pandai! saspen btoll!haha

Haslinda Ariffin said...

kelakar and seram kot..
sbb karak mmg terkenal dgn seramnye kn..hehe

diya said...

hahahhaahhaaa adoyaiiiiii
seram dah tadi , ishhhh !

fAr0T said...

warghhhhh mcm tetipu je ni...huuhu

sis eiyan azian said...

hak3.......

ABC said...

kelakar tahap gaban...bhahahahaha...

ABC said...

kelakar tahap gaban...bhahahahaha...

Chempaka Sari said...

ramai org cakap highway karak tu seram... hmm pelik disitu.. orang yg tetiap hari lalu ni tak delah dgr cerita macam2

Chempaka Sari said...

anyway yg breeze tu kelakar huhu

Rawanji al- Battani said...

Siott la weiii...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez