check darah sebab HIV..???

4:00 PM

ingat tak cerita aku pasal 1st time naek ambulan. kalau tak ingat klik SINI. tiba2 teringat masa kitorang sampai kat klinik peramu jaya banyak giler benda berlaku. sampai aku gelak nak terkeluar anak tekak dibuatnyer.

sampai2 jer kat klinik kitorang masuk jela. pertama kali datang klinik tue. jadi tak tau nak pergi mana. entah macam mana nampak ramai yang pergi ke belah kanan. kitorang pergi jela sebab ingat ada kaunter boleh tanye. sebabnyer klinik UMP dah telefon tentang kehadiran kitorang.

masuk jer semua orang duk pandang kitorang. buat bodoh jela sebab kitorang pikir kitorang tak buat salah pe pown. tetiba nurse yang jaga kaunter pown buat muka pelik. dia panggil kitorang. muka macam risau jer. tetiba soalan yang terpancul kat mulut dia buat aku ngan kawan aku terkejut beruk. malu pown ada. soalannyer

siapa mengandung..???


hah...!!!!???

takde siapa2 cik. kitorang datang sini sebab doktor UMP suruh check darah. nurse UMP dah telefon sini tadi.

rupa2nya kitorang tersalah masuk klinik ibu mengandung. patutla semua orang duk pandang. tue la siapa suruh maen serbu jer. belajar jer tinggi tapi tak tau baca. jelas2 ada signboard tulis klinik ibu mengandung. adoyai. tak pasal2 kena bahan dengan nurse tue. tergelak kitorang bila keluar dari situ.

masuk2 jer klinik yang sebenar terus pergi kaunter. cakap kat nurse tue ada tak pihak klinik UMP telefon pasal kitorang. dia kata tak de. lepastue nurse tue tanya kenapa. kitorang cakapla nak check darah.

tetiba datang sorang abang nie. nak check darah. buat pe..?? ada HIV ke..??


berderau jantung dengar. ada ke patut. terbahak kitorang gelak. ketawa pasal hal mengandung tue pown tak habis lagi. asyik kena bahan jela kitorang hari tue. sabar jela.

bila teringat balik memang tergelak sorang2. yang tak boleh belah tang mengandung tue la. mungkin dia pown perasan yang kitorang muda lagi untuk mengandung. hehehe.

hahahahahaha..^____^

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia