zombie kampung pisang

12:51 PM

nak otak..!!!
nak otak..!!!
nak otak..!!!

duduk dua bulan kat sini hampir buat aku jadi zombie kampung pisang. malam berjaga siang tidor. makan tak menentu. kadang2 dua kali sehari. kadang2 sekali sehari. badan lemah jer rasa.


aku buat kerja gila tadi. masuk exam dengan kepala yang sakit gara2 tak tidor dari semalam. tidor kejap jer pukul 8mlm. terjaga pukul 1pg lepastue tak tidor sampai sekarang. tue yang jawab exam entah ape2.

dahla lecturer kata laen. keluarnyer laen. berkobar-kobar dia cakap semua soalan yang masuk ada dalam slide. tapi tengok soalan yang sebenar hampeh. adoyai.

dulu aku teringin sangat nak duduk pendalaman. sebab teringin nak hirup udara segar. memang impian aku untuk duduk pendalaman tercapai. tapi untuk hirup udara segar jangan harap. dah dicemari ngan debu2 dan asap2 pembinaan. bila la ump pekan nie nak siap. mesti aku dah tak de kat sini dah masa tue. sabar jela.

tapi ape pown esok paper last dan esok jugakla aku keluar dari tempat terpencil nie. aku akan kembali ke bandar. huhuhu..

esok balik klang oiiiii...!!!!!

You Might Also Like

6 komen dari peminat setia