day 4 - benda yang anda buat bila sorang-sorang

9:00 AM

30 hari cabaran blog

nie la masa yang paling aku suka. duduk sorang2. macam2 benda boleh buat kalau duduk sorang2.

*****************************

kalau kat UMP:

aku akan karaoke sorang2. aku bukak video2 yang ada dalam lappy aku. lepastue memekak sorang2. masa tue tak kesah kalau suara sumbang ke pe. janji seronok dapat lepas tension. hehehe..

aku akan syok sendiri. cuba gaya tudung baru, make up dan macam2 lagi la. dah alang2 sorang2 kan. ape salahnyer buat benda2 camnie. seronok jugak. lepastue syok sendiri tangkap gambar. huhuhu..

aku akan bukak lagu tarian kuat2 lepas tue menari. selalunyer tarian yang pernah aku belajar dari matriks sampai ke UMP. aku tak pandai nak reka tarian baru. hihihi..

kalau kat rumah:

aku akan sambung henset aku ke speaker. lepastue pasang radio ERA kuat2. best jugak bila ada lagu yang aku tau keluar aku ikut nyanyi sama. heeeee~

aku bukak lagu tarian kuat2. dah alang2 dah sambung ke speaker. apalagi. walaupown keluasan rumah tak mengizinkan. tapi ape aku kesah. janji aku dapat buat pe yang aku suka.

***********************************

tapi aku jarang ada peluang duduk sorang2. yela aku ngan rumate aku sekelas. ibu pulak tak kerja. memang susahla. ngeeeee~

tue yang aku akan manfaatkan sepenuhnyer kalau ada peluang duduk sorang2.

home alone..^_^





You Might Also Like

2 komen dari peminat setia