321 Cinta

8:00 PM

nak review cerita 321 cinta la pulak. antara cerita favourite aku buat masa nie

321 cinta


321 cinta bagi aku sangat best. aku tak berhenti gelak tengok cerita nie. memang menghiburkan. kisah percintaan seorang tomboi yang takut jadi andartu. memang kelakar.

cerita bermula apabila Sam lakonan Diana Amir masuk sebuah kolej nie menyambung pelajarannyer dalam bidang kewartawanan. sebelum nie Sam pernah amik kursus perubatan, undang2 dan kejuruteraan. tetapi dia asyik buat masalah sampai dibuang universiti. masa pendaftaran hari pertama Sam tertarik pada Nazril lakonan Farid Kamil. selama Sam kat kolej tue dia sentiasa ditemani kawan karibnyer Faris lakonan Pierre Andre.

konflik bermula apabila faris menunjukkan artikel perigi carik timba dari sebuah majalah tempatan. tue yang buatkan Sam takut jadi andartu dan telah menanam hasrat untuk menjadikan Nazril teman lelaki dia. macam2 usaha dia buat nak tarik hati Nazril. kelakar sangat. tak tercapai akal ape yang dia buat. berjaya atau tidak. tengokla sendiri. hehehehe..

beli VCD original tau. jangan beli cetak rompak. hehehehe..

betol ke nisbah perempuan kepada lelaki 37 nisbah 1..?? kalau macam tue aku pown nak jadi perigi carik timba la. huahuahuahua..

takut jugak kalau jadi andartu. tapi ada ke lelaki nak kat aku..?? hehehe.. kalau dah jodoh tak kemana. insyaAllah.

37 nisbah 1 biar betol..!!!???

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia