day 30 - a picture of someone you miss

10:00 AM

[DSC00555.JPG]

Siti Hasmah Hamid aku sangat rindu kat ko. walaupown kita kenal 5 bulan jer tapi ko ngan aku rapat macam adik beradik. ko kakak aku adik. sebab ko lagi tua dari aku walaupown badan ko kecik dari aku. tak sangka aku ditakdirkan untuk sebilik ngan ko selama beberapa bulan jer.

dulu aku selalu jeles sebab ramai nak kawan ngan ko. kalau boley aku nak ko kawan ngan aku jer. tapi bila pikir balik jahatnyer aku. aku tak de hak untuk buat macam tue. tapi ko baek. ko tau macam mana nak bahagikan masa ngan aku dan kawan2 ko yang laen. sampaikan siapa jer kawan ko akan jadi kawan aku. sebabkan ko aku ramai kawan.

aku yang dulunyer pemalu. tak pandai berkawan sedikit demi sedikit belajar ngan ko. ramai orang suka kawan ngan ko. sebab senyuman ko murah sangat. semua orang tak kira laki ke pompuan akan tegur ko. kadang2 aku rasa bangga bila jalan ngan ko.

ko banyak ajar aku tentang ragam manusia. walaupown baru kenal tapi ko layan aku macam dah lama kenal. walaupown tempoh kenal kita 5 bulan jer tapi semua benda pasal ko aku tau. ko memang suka bercakap. tue buat aku suka sangat bila ko ada dalam bilik.

tapi entah macam mana ko tetiba berubah. ko mula jadi diam. ko selalu duduk kat meja study. ko dah mula rajin study. tapi aku jahat sebab selalu kacau ko. ko kata ko takut sangat tak dapat sambung semester 2. tue yang ko kuat study. aku ingat lagi ko selalu cakap yang ko teringin nak jadi jurutera elektrik.

bila ko tanye aku nak jadi ape, aku jawab aku tak tau. sebab aku belom pikir lagi aku nak jadi pe. ko pown ajak aku ikut ko. kita sama2 janji nak amik koz kejuruteraan elektrik sama2. masa tue rasa seronok sangat. walaupown aku rasa serba salah sebenarnyer sebab halang ko terima tawaran diploma kejuruteraan elektrik kat UiTM yang ko dapat.

Allah lebih sayang kat ko. dia amik ko dari aku sedangkan masa tue aku tak sedia lagi. tak sangka perubahan ko selama nie tanda2 ko nak tinggalkan aku. banyak tanda yang ko tunjukkan. tapi aku lansung tak sedar. mungkin Tuhan sengaja sembunyikan dari aku.

ape pown aku bersyukur aku sempat berbakti sekejap masa ko sakit dulu. walaupown sebenarnyer ada sedikit sesalan sebab aku tak amik peluang tue betol2. kalau aku tau ko nak pergi tinggalkan aku mungkin aku akan peluk dan cium ko puas2. sebab aku sayang sangat kat ko. ingat lagi malam ko sakit tue tetiba ko datang baring sebelah aku. ko kata nak tido ngan aku. aku jadi sedih bila teringatkan tue.

ko tau tak bila ko pergi tinggalkan aku aku menangis hampir setiap hari. sebabkan tue jugak aku sampai kena marah ngan ramai orang. sebab aku jahat meratapi pemergian ko. bukan aku tak redha, tapi aku sedih sebab aku tak boleh pikir macam mana kehidupan aku kat matriks lepas ko pergi. aku tak kuat masa tue. aku lemah sangat. sampai ada masa aku rasa nak ikut ko pergi.

dorang kata kalau aku terus macam tue ko akan sedih kat sana. jadi aku tekad untuk jadi kuat. tapi cara aku salah sebab nak lupakan kesedihan aku sampai aku abaikan pelajaran. study last minit sampai aku dapat result yang agak teruk. tapi syukur alhamdulillah sebab Tuhan maseh bagi aku peluang untuk teruskan cita2 ko yang terbantut disebabkan aku. aku tunaikan janji aku kat ko. sekarang aku kat UMP amik koz yang ko teringin nak amik dulu.

Siti walaupown dah dekat 3 tahun ko tinggalkan aku, kenangan aku ngan ko takkan aku lupakan. ko la kawan sejati aku dunia akhirat. semoga roh dan jasad ko dicucuri rahmat Allah.

Al-Fatihah..T_T

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia