Sunday, July 24, 2011

orang miskin

Kama dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada suatu petang. sewaktu melintas sebuah padang, dia nampak dua lelaki berpakaian cumpang-camping sedang memakan rumput. diarahkan pemandunya berhenti, lalu Kama memanggil kedua-dua lelaki itu.
"kenapa kamu makan rumput?" tanya Kama
"kami miskin....tak ada duit nak makan, "jawab salah seorang lelaki itu.
"oh, kesiannya!!!!! mari ke rumah saya, masuk!" kata Kama, membukakan pintu.
"tapi tuan, saya ada isteri dan dua anak," balas lelaki pertama.
"tak apa, bawa mereka sekali. awak pun boleh ikut sama," kata Kama pada seorang lagi.
"tapi tuan, saya juga ada isteri dan seorang anak," ujar lelaki kedua.
"mereka pun boleh ikut. "Kama mempelawa semuanya masuk ke dalam kereta.
sewaktu dalam perjalanan, salah seorang lelaki itu menepuk bahu Kama, mengucapkan terima
kasih.
"tuan sungguh baik hati,"katanya.
"tak mengapa. saya harap awak gembira kerana rumput di rumah saya lebih tinggi daripada
di padang tadi," balas Kama ikhlas.

sabar jela.. ish3..

4 komen dari peminat setia:

Freaky said...

wahaha memang siot laaa

shishi.. said...

skrg ni bdk darjah 4 pun da de blog tau...

misz myza said...

kama jaaatttttttt.. hahahahahaa

mrs redzuan said...

Sadissssssssss. Rupanya rumput yg lebih panjang. Hadoi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez