day 2 - movie yang paling best pernah tonton

9:00 AM


movie yang paling best aku pernah tonton kat pawagam ialah cicakman 1. boleh kata nie la movie pertama yang aku tengok kat pawagam. aku tengok kat The Mines. yang dulu dikenali sebagai mines wonderland.


cerita tue bagi aku sangat2 best. cerita melayu pertama menggunakan teknologi CGI. memang best. kelakar dan aksi bercampur dan digaul dengan mantap. kelakar tengok gelagat adik beradik ginger yang dilakonkan oleh AC Mizal ngan Adlin Aman Ramli. nak tergelak guling2 dalam pawagam.

cepat betul masa berlalu. dah lama jugak aku tak jejakkan kaki kat The Mines. dulu masa kecik2 kat situ la tempat favourite pak cik ngan mak cik aku akan bawak anak2 sedara beriadah. sebab dulu memang macam2 ada. ice skating pown ada. aku paling suka naik boat. satu2nyer shopping compleks yang ada tasik kat tengah2 yang pernah aku pergi.

the mines tue kalau ikut sejarah di bina atas lombong. sebab tue la dinamakan mines. mines kan maksudnyer lombong. tetiba rindu zaman kanak2. heeeee~


siap ada kolam renang lagi. dulu mana ada. baru2 nie aku ngan GengBaSikal singgah kejap lepas lelah kat the mines. lepas je jumpa Perdana Menteri kitorang singgah mandi kat masjid Putrajaya lepastue terus ke the mines. sebab tue je yang paling dekat. nak tau kisah kitorang jumpa Perdana Menteri klik SINI.

tak sangka banyak perubahan. tak semeriah dulu. masih ingat lagi kalau kat tasik tue dulu tergantung badut2 yang bergerak. ada yang kayuh basikal, ada yang juggle bola dan macam2 lagi la.


sempat posing kenangan masa kat sana. dah lari topik dah nie. ape2 jela. hihihihi..

windu zaman kanak2..^_^


You Might Also Like

2 komen dari peminat setia