tolong! awek aku pontianak best..^_^

1:13 PM

hari sabtu haritue aku ngan keluarga aku pergi tengok wayang kat Jusco Bukit Tinggi. cerita pilihan kitorang 

tolong..!!! awek aku pontianak

Poster Tolong Awekku Pontianak

intro yang agak skema. heeee~ cerita dia agak seronok dan agak best. kelakar tengok Zahiril Adzim bawak watak lebih kurang watak Daim dalam cerita juvana. lurus2 gitu. nampak kiut giler la. hihihi.

Liyana Jasmay ngan Sazzy Falak dalam cerita tue cantik sangat. suka tengok bibir Sazzy. nampak smooth giler. ape ke situ pulak yang aku tengok. ish3. serius aku suka tengok bibir2 smooth nie. tak macam bibir aku. berkerak. hehehehe..

Rasyidi Ishak jadi mamat mamat macho dalam cerita nie. sesuai ke..?? kelakar adala. nak tergelak bila dia buat muka romeo. geli pown ada. huahuahua..

ape pown bagi aku cerita nie boleh tahan la. maseh boleh dilayan. aku lagi suka tengok cerita melayu sekarang nie. sebab lagi senang faham. hihihi..

cerita nie mengisahkan Bob lakonan Zahiril Adzim seorang yang baik hati tetapi lurus. menyebabkan dia selalu ditindas oleh bos dia, Faizal lakonan Rasyidi Ishak dan juga awek dia Ina lakonan Faezah Elai. setelah putus dengan Ina, dia berhasrat nak ubah cara hidup baru bersama kawan baeknya Pian lakonan Sufian Mohamed. sebab selama nie hidup dia ditentukan oleh Ina. jadi dia berpindah ke sebuah flat yang dicadangkan oleh seorang ejen hartanah. di situ la cerita bermula.

kat flat tue Bob berjiran dengan Maya lakonan Sazzy Falak dan adik dia Liyana lakonan Liyana Jasmay. lama2 hubungan antara Bob dan Maya makin rapat dan cinta mula berputik. tapi masalahnyer Bob tak tau yang Maya ngan Liyana disumpah menjadi pontianak. nak tau macam mana Bob dapat tau dan ape yang berlaku..?? jom tengok kat pawagam yang berdekatan dengan anda. hehehehe..

tak best la cerita sampai habis. baek korang tengok sendiri ye tak. ape pown sokongla industri perfileman Malaysia. jangan beli cetak rompak. macam iklan pulak. hihihihi..

tolong...!!!! aku tak de pakwe.. motif..?? huahuahua..^_^

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia

  1. best ke.. ermm nk tgok nnt la.. kih kih

    ReplyDelete
  2. best ke citer ni ? trailer nampak cam tah ape2 dah

    ReplyDelete

Facebook Badge