Thursday, July 21, 2011

lawatan ke port klang.. heeee~

baru balik dari ikut ibu ngan apak buat urusan bank. nie adik aku punya pasal la. nak ikut sangat. tak pasal2 aku pown kena ikut. sebab kena jaga dia dalam kereta. takkan bapak aku nak bawak sekali masuk bank kowt. payah ar gini.

lepas selesai semua urusan, bapak aku pergi pelabuhan klang untuk masuk duit adik aku. sempat singgah beli pisang goreng belakang sekolah menengah aku dulu. tak sangka ada lagi makcik tue menjual. memang goreng pisang kat situ favourite budak2 sekolah aku. sambil tunggu bas kitorang kenduri pisang goreng ramai2. seronok pulak bila ingat balik kenangan lama.

sempat jugak singgah makan cendol durian pak ali cendol dekat sebelah giant. tak sangka Port Klang dah maju giler sekarang. macam2 ada. kalau dulu ada pizza hut, KFC ngan mcd jer. sekarang ada domino's pizza lepastue siap ada Giant baru lagi. 



kalau dulu budak2 sekolah aku aku outing terpaksa pergi klang. jauh tak dela jauh sangat. tapi boleh la tahan. tapi sekarang tak payah jauh2. Jusco Bukit Tinggi ada. kalau pergi sana hari biasa boleh la nampak budak2 pakai baju sekolah duk lepak kat situ.

yang terbaru belakang rumah aku jer. satu lagi shopping mall akan dibina. tak tau la camner rupanya sebab baru pacak tiang. tak mustahil tahun depan siap la benda tue. cepat betul tempat aku nie maju.

aku ingat lagi masa kecik2 dulu kawasan rumah aku hanya dipenuhi kelapa sawit. kalau jalan jauh sikit tempat pengumpulan sampah. jauh lagi laut. tapi sekarang kawasan kelapa sawit ngan tempat pengumpulan sampah dah dijadikan kawasan perumahan. kawasan tepi pantai pulak dijadikan kawasan perumahan elit. dalam masa 10 tahun lebih, semua nie berubah.

rumah yang aku duduk sekarang kalau dulunya taraf rumah murah. tapi sekarang harga dia mencanak naik. mungkin sebab pembangunan sekeliling. aku bersyukur duduk dalam kawasan yang agak maju. aku bangga jadi anak jati Selangor.

bila la kawasan Pekan nak maju..??

1 komen dari peminat setia:

Elih Japahar said...

bagus lah tempat awk dah makin maju hihi :)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh blog

GengCyber.com

 

UMP blogger

banner 115×116

















kisah seorang gadis melayu Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez