berdebar tunggu keputusan UPU

11:00 AM

keputusan UPU lepasan matriks, STPM dan diploma akan keluar beberape jam lagi. mesti semua orang yang berkenaan berdebar-debar nantikan keputusan. sama la macam aku dulu.

klik SINI kalau nak check. tapi kena tunggu puku 12tengah hari. sumber SINI.

masa aku dulu dapat jer keputusan tak sampai beberapa hari dah kena daftar. kalau tak silap aku seminggu jer kitorang diberi masa untuk siapkan semua benda. buat akaun bank, mohon ptptn, isi borang, buat medical check up. pendek kate memang kelam kabut giler masa tue. yela tawaran keluar 19/6/2009. kemasukan pulak 28/6/2009.

kira kemasukan kali nie memang untung la. tak payah kelam kabut. ada sebulan lebih lagi masa untuk prepare. tapi jangan buat last minit. nanti ape pown tak jadi. yang paling penting isi borang permohonan PTPTN betol2. baca dengan teliti syarat2 dan cara2 nak isi borang. sebab salah sikit jer borang korang mungkin boleh submit. tapi masa nak mohon nanti la macam2 masalah timbul.

pengalaman aku dulu pasal borang PTPTN nie memang susah nak isi. jadi kena baca betul2 setiap kandungan yang tertera dalam surat. kesalahan yang kerap orang buat masa isi borang nie kat bahagian kursus yang korang ambik kat UPU yang korang akan daftar nie. ramai yang tersalah pilih. 

sebenarnyer korang akan mengikuti program ijazah sarjana muda kat UPU nanti. jadi kat borang PTPTN korang kena tick bahagian sarjana muda. nanti baru keluar kursus yang ditawarkan kat korang. dulu aku hampir je salah tick. aku tick kat sarjana jer. sebab aku tak tau. 

bila dah tick kat situ, aku tengok kat bahagian pemilihan kursus, tak de untuk kursus aku. macam pelik jer. naseb baek masa check balik sebelum submit aku perasan ape beza sarjana ngan sarjana muda. aku cuba tick sarjana muda pulak. baru keluar senarai untuk kursus aku. rupanyer aku salah. naseb baek sempat betulkan.

mungkin korang rasa ala tak pe nanti untuk part dua korang boleh betulkan. siapa cakap..?? kalau korang salah isi yang part satu nie. masa part dua korang akan kandas. terpaksa isi balik borang baru. PTPTN korang pown akan dapat lambat dari yang laen. ramai kawan2 aku yang terkena. aku bukan suka2 hati jer cakap benda nie. kira bie kesalahan paling simple tapi paling ramai orang buat.

hari2 pertama kat universiti nanti memang sesuatu yang agak sukar. lagi2 untuk lepasan matriks dan STPM. jangan terbawa sangat cara hidup korang sebelum nie. sebelum nie korang manja. semua benda harap kat lecturer ngan cikgu jer. tapi kat universiti laen. korang kena belajar berdikari. kena kuatkan hati. banyak cabaran menanti.

ape pown good luck untuk korang. ape pown tawaran yang korang dapat korang kena redha dan terima seadanya. yang dapat kursus yang menepati pilihan tahniah untuk korang. yang dapat kursus laen dari pilihan tahniah jugak aku ucapkan. jangan putus asa. korang kena pikir positif. sekurangnyer korang dapat sambung belajar. belajar kat mana pown sama jer. janji niat nak belajar tue kena betul.

good luck..^_^

You Might Also Like

4 komen dari peminat setia

  1. hee..thanks alot for this info..it rily helps..=)

    huu..hati berdebar ni..haha..:D

    ReplyDelete
  2. hehe. tips yang bagus. thanks! :D

    ReplyDelete