sehari menjadi pelarian..

8:01 PM

akhirnya semua test habis sudah. ingatkan dapat la relaks2. tapi tak boleh sebab assignment beratur jer nie. buat masa nie ada 3 assignment kena submit dalam minggu depan

1st- assignment analog electronic
2nd- demostration project lab autotronic
3rd- assignment statistic

semua tue kena submit minggu depan. dahla sabtu nie ada kayak. memang agak tension la hidup aku minggu nie.

jadi aku amik kesempatan nie untuk cerita pe yang terjadi malam kelmarin. lama dah berlaku tapi baru sekarang dapat nak cerita. internet memang la menguji kesabaran. setelah banyak kali mencuba akhirnya dapat upload gambar. huhuhu..^_^

antara pukul2pg hingga 6pg hari rabu seorang pelajar perempuan KK5 hilang laptop. katanya pintu bilik dia terbukak masa dia sedar laptop dia hilang. selain laptop, henset pown ada yang hilang. benda nie telah menjadi kes polis.(macam baca berita lak.. ngeeeeee~)

tak pasal2 hari yang sama dalam pukul 10.30 malam, semua penghuni KK5 kena turun untuk spotcheck laptop masing2. macam pelarian pown ada time tue. kena tunggu sorang2 kena check. sambil tue dorang amik kesempatan untuk merekod laptop kepunyaan kitorang.

lama gak kitorang kena tahan malam tue. sampai pukul 1pg. agak tension gak menunggu. sambil tue sempat lagi layan movie. tapi bateri laptop aku bukan kuat sangat.

 
 
 
 
 

dalam2 kena beratur tue sempat lagi kitorang mencapub. semata-mata untuk jadi bahan blog nie.

sama2 la kita doakan semoga laptop kepada pelajar berkenaan ditemui. amin..~

You Might Also Like

8 komen dari peminat setia