dilarang masuk best jugak..^_^

5:55 PM

baru2 nie aku keluar pegi Kuantan. walaupown masa tue kerja berlambak. tapi pergi bukan suka2. pergi pown sebab nak carik barang elektronik untuk projek autotronik. tapi tak sempat sebab kedai tutup masa kitorang sampai.

tapi terima kasih banyak2 kat oppa sebab tolong jadi driver untuk esoknya. dapatla kitorang pergi beli. tapi projek autotronik tue sampai sekarang masih tergantung. sedih sebab lecturer tak terima projek kitorang.

berbalik pada cerita sebenar. disebabkan frust sebab kedai elektronik tue tutup, kitorang decide untuk tengok wayang. masa tue tak terpikir lansung nak tengok cerita pe. akhirnya kitorang pilih cerita DILARANG MASUK.


cerita dia bagi aku best sangat. penuh ngan suspen. boleh kata tak rugi duit la tengok cerita nie. 

cerita mengisahkan 4 sekawan sesat kat sebuah hutan. dorang terjumpa sebuah banglo usang yang masih penuh dengan barang keperluan tetapi tak berpenghuni. disebabkan hari dah senja, dorang ambik keputusan untuk bermalam kat situ.


konflik bermula apabila mereka terjumpa ngan dua mayat dan 3 beg penuh berisi duit. jadi mereka fikir mungkin dua mayat tue penjahat yang berebutkan duit tebusan bernilai dua juta lapan ratus ribu yang mereka jumpa kat banglo tue.

persoalan sedikit demi sedikit terjawab apabila fatia yang baru sembuh dari pembedahan jantung mengalami beberapa peristiwa aneh sehingga segala persoalan mereka terjawab. 

di akhir cerita nie bebrapa peristiwa berlaku membuatkan aku rasa nak nangis dalam pawagam. nak tau nape aku nak nangis..?? bolehla saksikan sendiri cerita nie. huhuhu..

watak2 dalam citer nie

Shiqin Kamal sebagai fatia
Isma Hanum sebagai ju
Munif Isa sebagai bad
Azma Aizal sebagai ronie

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia