sebulan sudah..

12:10 PM

alhamdulillah hari nie genap sebulan umur kisah seorang gadis melayu. panjang umur aku lagi kan. syukur jugak sebab ramai yang boleh terima kehadiran kitorang kat dunia blog nie. 


seronok kawan ngan semua. dapat tukar2 idea, cerita, dan macam2 lagi. aku pown tak macam dulu dah. malu2 nak komen entry orang. segan kononnya. tapi sekarang aku dah pandai tinggal jejak kat komen. tak macam dulu setakat kat chatbox je. 

tak sangka dunia blog nie sangat happening. kalau ikutkan aku mula berblogging dah dekat 2 tahun. tapi dulu aku ingat blog nie just macam diari. tak penting pown kalau orang baca. tapi tak sangka melalui blog nie boleh dapat ramai kawan dan kita boleh bertukar pendapat. kalau kita ada masalah ada yang bagi pendapat dan sokongan. walaupown dari jauh, ia tetap sangat istimewa bagi aku.

terima kasih yang tak terhingga kepada semua blogger yang menerima kehadiran aku kat dunia blog nie. 

terima kasih jugak kat BEN ASHAARI sebab banyak bantu aku dalam menaikkan follower. melalui dia aku dapat ramai kawan. tq abang Ben..^_^

thanks jugak kat CIK AISH sebab jadi tempat aku belajar ape yang patut ngan ape yang tak patut buat dalam dunia blog nie. suka sangat baca Belog Cik Aish. huhuhu..

tak lupa kat kakak2 kembar aku. yang menarik aku masuk sahabat blogger. walaupown aku masih malu2 untuk beramah mesra ngan mereka2 yang dalam group tue. tq SUNAH SUKA SAKURA dan CIK PULAU sebab terima atia sebagai adik kembar

dan akhir sekali terima kasih kat semua follower yang sudi follow blog kisah seorang gadis melayu tanpa paksaan..^_^


p/s: tension sebab intenet kat bilik maseh buat hal. nak komen kat entry orang pown susah. bukan tue jer nak approve komen pown dia tak bagi. nak publish entry nie pown kena refresh banyak kali. adeih..

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia