'Kebaikan merokok'

2:09 AM

Di seluruh negara, bahkan serata dunia, manusia telah dimaklumkan akan bahayanya merokok. Para ulama’ juga telah update fatwa merokok daripada makruh kepada haram, ekoran teknologi yang wujud hari ini bagi menyelami dan mengenalpasti bahan – bahan rokok yang terdapat di dalam sebatang rokok.

Hal ini kerana sewaktu fatwa semasa adalah makruh, ulama’ mengeluarkan fatwa yang sedemikian kerana hanya mampu menilai kesan – kesan merokok daripada luaran sahaja (spt. bau mulut yang busuk, gigi yang kian menguning dsb.).

Sebaliknya sewaktu mula – mula diisytiharkan haram, teknologi semasa mampu mendedahkan kesan – kesannya di bahagian dalaman perokok, serta kesan jangka panjang terhadap si perokok.

Walaubagaimanapun, para penyelidik telah mengenalpasti sekurang – kurangnya tiga kebaikan daripada merokok, yang mana merupakan berita baik buat perokok, dan hanya boleh dinikmati oleh orang – orang yang merokok sahaja:

1. Rambut tidak akan beruban atau mengalami keguguran

2. Keselamatan diri terjamin

3. Dilindungi daripada serangan binatang – binatang buas

Adapun para perokok tidak akan beruban atau mengalami keguguran rambut adalah kerana mereka tidak akan menyaksikan rambut mereka beruban/keguguran kerana ajal mereka akan datang terlebih dahulu sebelum rambut mereka sempat beruban/gugur.

Adapun para perokok dijamin keselamatan mereka adalah kerana mereka akan mengalami batuk – batuk pada waktu malam, hinggakan pencuri dan perompak yang ingin menyamun rumah mereka tidak akan berhajat untuk berbuat demikian kerana menyangka tuan rumah masih belum tidur ekoran terdengarnya bunyi orang batuk.

Adapun para perokok terlindung daripada serangan binatang buas adalah kerana otot – otot mereka akan semakin lemah, badan kehilangan tenaga, dan pada satu tahap terpaksa jalan bertongkat. Maka apabila datangnya binatang – binatang buas ini kea rah mereka, maka para perokok akan menggunakan tongkat sebagai senjata mereka, dan ini akan dijadikan tauladan buat binatang – binatang yang lain.

Maka, teruskan merokok bersama – sama dengan orang – orang yang merokok. Dan jangan sekali – kali menghampiri orang – orang yang tidak merokok dengan asap rokok anda kerana asapnya dua kali lebih merbahaya daripada rokok itu sendiri. Tambahan, anda secara tidak langsung telah berbuat zalim terhadap orang lain kerana menyebarkan penyakit kepada mereka.


Bear in mind, jin hidup dengan memakan asap. Maka, mereka yang mengeluarkan asap adalah sahabat – sahabat jin. ;-)

You Might Also Like

3 komen dari peminat setia