Sketsa Kahwin Si Ujang By Pembawa Wacana

7:24 PM

nak cube join segmen nie. harap diterima.. heeeeee~

Wacanaku

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Yana lembut sambil membetulkan pakaian Ujang. Ujang
tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Ujang mencubit pipi Yana lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Fiza dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak
bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Yana hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ujang berkata
kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke kampung mereka mengambil masa lebih kurang
empat jam. Fiza dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,
Yana. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ujang berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit
Ujang menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ujang semakin
seronok. Ujang dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.
Pedal minyak ditekannya lagi dan Proton Perdana V6 mula memecut. Ujang cilok kiri, cilok
kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ujang masa tu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba
Yana terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung
nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Yana takut." Yana
cuba memujuk Ujang supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Yana...tak ada apa-apa,"
Ujang terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ujang setelah berjaya memotong bas ekspres
tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Yana tengok abang motong dia
aaa...." Ujang terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ujang terus
membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang
besar dan gagah dan..... BANG!! "Ujang....bangun Jang," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Ujang membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana Yana mak? Macammana dengan Yana mak? Fiza, Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Ujang menyoal emaknya. Ujang tak dapat menahan kesedihannya lagi. Ujang
menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Ujang tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Ujang mak, Yana?" Ujang masih terus menangis.
PANGGG!! Kepala Ujang ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Ujang terdiam.
Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! nikah pown belum lagi. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Ujang tersengih keseorangan. Rasa
macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian.
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi...
cerita rekaan semata tak de kaitan ngan yang hidup atau yang dah meninggal dunia.. huhuhuhu..^_^


selamat pengantin baru untuk abang ujang ngan kak yana.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat..n_n

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia