seram sejuk

6:57 AM

satu malam aku tak tido. tak tau nape. tadi dalam pukul tiga lebih aku hampir terlelap. tapi tak tau nape tetiba tersentap. satu badan tetiba menggeletar.

masa tue mulut aku tak berhenti sebut nama Allah. seram satu badan masa tue. tak tau nape. takut sangat masa tue. hanya tuhan je yang tau camner aku rasa masa tue.

dahla seminggu nie kena tidor sorang2. bile nak study kalau asyik rasa camtue. aku dah la jenis study malam. kalau masa kat gambang dulu relaks jer study malam sampai subuh. tapi kat pekan nie macam tak boleh jer.

nie bukan kali pertama aku rasa camtue. dah banyak kali jugakla. dah la aku asyik kena tinggal sorang. tak best betol kalau satu bilik 2 orang jer. suka ngan bilik lama. 4 orang. kalau sorang tak de, tak effect sangat.

ada pape tak yang boleh aku buat untuk elakkan benda nie dari terus berlaku...???

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia