Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
facebook Instagram youtube

kisah seorang gadis melayu

    • Home
    • Atia Amir
    • Tarikh penting
    • Surat Khabar
    hajat di hati lepas je exam nak terus update ini blog. tapi tak sangka banyak benda kena buat. aku memang kepenatan semalam. dah lama tak tido awal. semalam pukul 12 lebih aku dah tetido.

    tapi ape yang berlaku semalam hampir gak buat aku menangis. lepas jer exam semalam aku konon2 nyer nak terus kejar bas nak balik gambang. tapi sebelum tue nak kemas sikit ape yang patut. lagi pown masa tue belum nampak bayang bas lagi.

    dalam 15 minit lepastue aku turun. tunggu kat bawah. maseh lagi tak de bayang bas. last2 aku try tepon MPP. jangan maen2 wei. aku ada no MPP. hehehee.. tapi tak berangkat. aku jadi tak keruan masa tue. camner nak balik ni e wei. adeih.

    lepastue aku cuba lak pergi pejabat KK5. naseb baek belum tutup lagi. aku pown tanye akak yang jaga situ. tapi jawapan yang aku dapat sangat menghampakan. dia pown tak tau ada ke tak bas. masa tue hanya tuhan jer tau macam mana aku rasa. dah la aku sorang jer yang menunggu bas. takkan bas dah belah kowt.

    last2 aku tebalkan muka tepon dak lelaki kelas aku. tanye sape yang nak balik gambang. alhamdulillah ramai yang nak balik gambang. aku pown tumpang la. terima kasih banyak2 la kat jerul sebab kalau tak de dia tak tau la ape jadi kat aku. dahla semua kawan2 aku dah balik. kosongla rumah aku nampaknye.

    yang tak boleh belahnye. betol2 aku habis tepon kawan aku tue, MPP tepon aku. baek giler MPP nie wei. dia try jugak nak adjust bas untuk aku. tapi disebabkan aku sorang jer macam tak berbaloi jer. akhirnya aku cakap kat dia takpela. aku try carik alternatif laen. sedangkan aku dah jumpa. hehehehe..

    kejap lagi aku nak pergi jom heboh. sempat lagi kan update blog kesayangan nie. nanti aku update lak pasal jom heboh. 

    jom.. jom.. jom.. jom.. jom hebih.. heboh..!!!! huhuhuhu..^_^
    Continue Reading

    klik kat banner untuk join..n_n

    lama tak lama jugak la aku jadi follower blog mamat kiut kat atas nie. dari follower dia ratusan sekarang dah masuk ribuan. antara blog yang aku selalu singgah kalau aku boring2. sebab macam2 cerita lawak ada dalam blog dia nie.

    entah aku sendiri tak tau nape aku join benda nie. mungkin sebab nak naikkan trafik. mungkin jugak nak carik lebih kenalan. aku rasa tak rugi pape pown kalau aku join. ape salahnya aku join kan.

    ape pown aku tak mengharap sangat. kalau dapat alhamdulillah. kalau tak dapat bukan rezeki agaknya.

    atia blom ada banner yang official. nak buat tak pandai. kalau sudi buatkan terima kasih..^_^
    Continue Reading
    minggu nie entry aku sume pendek2. sebab exam punye pasal. ape pown esok paper last. tak sabar. tapi dalam masa yang sama aku takut. sebab aku tak ready lagi. harap sangat aku boleh jawab. 

    one more baby to go. bak kata abang iz "baby yang last nie mesti comel." ape2 jela abang iz oiiii.. harap sangat dapat jawab ngan jayanya baby yang terakhir untuk sem nie. 

    wish me luck..^_^
    Continue Reading

    hari ini keputusan tawaran kemasukan matriks keluar. nie yang aku dapat masa aku bukak nuffnang aku tadi. berkobar-kobar nampak adik2 aku semua nie ye. good luck untuk korang semua..^_^
    Continue Reading
    image

    KENAPA AKU SEORANG BLOGGER??
    kejar populariti ke..??
    kejar kekayaan nuffnang ke..??
    atau pe..??

    dulu aku pernah berangan untuk jadi penulis novel. sebab aku suka baca novel. tak tercapai sebab daya imaginasi aku tak cukup kuat. aku tak pandai mengarang cerita. tapi aku suka menulis.. menaip. jadi aku ambik keputusan tulis tentang diri aku.

    aku ingat lagi dulu sebelum aku kenal erti berblog nie. aku tulis semua cerita aku kat dalam microsoft word. bila ingat balik nak tergelak pown ada. ada cerita2 yang aku tulis kat word aku publish kat blog. kat blog lama aku. contohnyer Kawan2 Aku kt Kolej Matrikulasi Perak... masa tue aku baru belajar menulis dalam blog.

    tapi yang pasti blog la teman setia aku sekarang. tempat aku bercerita dan tempat aku mengadu. aku hepy berblogging..^_^
    Continue Reading
    keputusan kemasukan matrikulasi dah pown diumumkan. pada sesape yang nak check leh klik SINI..


    kenape matriks selangor siap terbina masa aku dah pown gradute dari matriks..??

    tak aciiiiiii...!!!!!!!!!

    ape pown tahniah kat adik aku sebab berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor. walau pown aku tak puas hati sebab dulu aku dapat tempat jauh dalam hutan. 

    teringin nak ikut dia pergi pendaftaran nanti. tapi aku ada kelas pulak. sebab tahun nie aku amik semester pendek. naseb baek dia tak dapat masuk matriks perak. kalau tak lagi la aku terkilan sebab tak dapat ikut. huhuhu..

    tahniah kat bakal2 pelajar matrikulasi seluruh Malaysia..^_^
    Continue Reading
    alang2 aku masih berjaga lagi. apa salahnya aku join segmen nie. segmen tengah malam anjuran cikgu zubir.

    Chegu Zubir

    bagi sebab kenapa tak tidor lagi dan korang akan tido kul bape

    tak tidur lagi sebab gabra pagi nanti nak jawab first paper. subjek numerical statistic. takut sangat2. semoga aku dapat jawab semua soalan esok dengan jayanya. amin..

    tak tau lagi nak tidor pukul bape. macam nak ulang kaji jer lagi. tapi dalam masa yang sama dah tak larat dah tengok nombor2 nie. adeih..>_<
    Continue Reading
    http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
    exam start pagi nanti..!!!!! takut giler wei.. doakan aku ye kawan2..
    http://www.emocutez.com
    Continue Reading
    [image[3].png]

    klik pada banner untuk join sebelum 12 tengah malam nie..

    Ceritakan apa saja kenangan ( pahit atau manis ) bila korang terkenangkan bekas sekolah anda

    kita mula ngan sekolah rendah

    SKKP


    masa sekolah rendah aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar. pengalaman paling manis yang pernah aku kecapi masa kat sekolah kebanyakannya adalh jasa guru besar aku pada waktue tue. cikgu Abdul Aziz bin Saidin.

    dia adalah seorang guru besar yang sangat berdedikasi. ada jer program dia aturkan untuk pelajar2 dia. disebabkan dia jugak aku dapat semangat untuk terus belajar. dia sentiasa beri motivasi kat pelajar dia. rotan yang dia sentiasa bawak bukan tujuan untuk merotan pelajar. tapi aku sendiri tak tau motif sebenar.

    ape pown disebabkan dia juga aku berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. terima kasih cikgu. jasa cikgu saya kenang hingga akhir hayat.

    selain kenangan manis, aku ada gak kenangan pahit. nie gara2 dapat cikgu matematik yang paling garang yang pernah aku jumpa. pantang salah sikit rotan la habuannyer. kalau dia lupa bawak rotan penampar pown jadi la. ramai pelajar yang memusuhi dia. banyak kali gak aku kena ngan dia nie. huhuhuhu..


    sekolah menengah pulak

    SMK (P) RAJA ZARINA


    sekolah perempuan kowt. jadi tak dela menarik sangat. sape cakap..?? sekolah perempuan walaupown semua perempuan tapi tetap terbaek. 

    kenangan manis aku kat sekolah menengah ialah aku selalu terpilih untuk join pertandingan. macam pertandingan aku join antaranya kawat kaki, catur, pidato, forum remaja, bahas, dan banyak lagi la. waktu sekolah dulu aku gila pertandingan. asal ada peluang jer aku pown join.

    kenangan pahit pulak aku kena tengking ngan bestfren aku kat hentian bas. aku difitnah. aku menangis gila2 time tue. sejak hari tue hubungan aku ngan dia putus. sedey sangat.



    ape pown semua tue tinggal kenangan. hubungan aku ngan kawan2 sekolah aku pown masih lagi bertaut. tak pernah putus. Alhamdulillah..^_^


    Continue Reading
    ingat lagi aku ada join segmen pembawa wacana Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana
    Wacanaku
    klik pada banner untuk ke senarai blog yang join..

     sekarang baru aku paham ape motif segmen nie. aku bukan blogger hebat nak review blog orang. tapi aku akan cuba yang terbaik untuk melakukannya.


    BLOG VS DIARY

    blog vs diari...

    first time masuk blog nie perkataan pertama keluar dari mulut atia "wow blog nie warne biru.. I like.. heeeeee~"

    warne biru yang dia gunakan sangat menarik perhatian. sedap mata memandang. susunan widget dia pown sangat kemas. yang penting winnie the pooh tue sangat comel. hehehe. kalau tengok kat blog archieve dia banyak tajuk yang menarik minat atia untuk baca lebih lanjut. guna audacity untuk buat suara chipmunk..?? menarik2.. huhuhu..

    tapi kalau boleh kat bahagian post tue background dia jangan disamakan dengan layout. sebab macam tak bebas nak tukar2 warne tulisan. sebab warna layout sangat terang. warna untuk link pown kalau boleh dihighlight supaya orang tau yang anda ingin bawa pembaca ke page yang lain. dan yang paling2 penting sebenarnya jangan guna shortform. sebab kadang2 orang tak paham shortform kita. ngeeee~

    post paling menarik perhatian atia zaman PLKN part 1.. bila nak sambung part 2..?? heeee~


    XTAWULA

    c tukang karut..

    blog kedua nie pulak tema dia warna putih. lambang kesucian gitu. huhuhuhu..

    blog yang sangat simple tapi menarik. widget pown tak banyak. jadi tak lama loading untuk bukak blog nie. sangat2 kemas. tulisan pown jelas. disebabkan background putih, jadi tulisan nampak timbul kalau tukar2 warne. menarik..

    cuma satu jela nak tegur. kalau buat post tue jangan panjang sangat. sebab kadang2 ada orang yang tak larat nak baca panjang2 dalam satu masa. sebab kadang2 banyak blog laen yang nak dibaca. jadi bazir jer kita tulis panjang2 tapi orang baca sekerat. cadangan atia buat part by part. jadi lagi banyak kali orang masuk blog kita.

    post paling menarik perhatian atia ialah aku jadik pengacara! sebab banyak gambar makanan sedap2.. hehehehe..


    BUKAN DIRIMU HANYA KU

    bukan dirimu hanya diriku...

    blog nie gabungan pink ngan biru. sangat comel. suke sangat ngan header dia. camner buat ea..?? buatkan leh tak..?? ngeeeeeee~

    template sangat menarik. susunan widget memang mantap. pemilihan warna untuk tulisan pown menarik. jelas dan tak sakitkan mata. post2 pown menarik perhatian atia untuk baca. antarannya couple tue haram?? dan bila lelaki membebel.

    tapi banyak post yang atia cuma baca sekerat jer. sebab atia jenis tak suka baca tulisan kecik2. sebab mata atia ada problem silau. jadi buatkan atia tak larat nak baca habis.

    post paling menarik perhatian atia weekend datang lagi.. suka pemandangan air terjun tue..



    fuhhhhhhhhh..!!!!!!! agak mencabar jugak meriview blog orang nie. bukan tugas senang. ape pown aku mintak maaf kalau dalam2 meriview ada buat hati mana2 orang tersinggung. ape yang aku review nie berdasarkan pendapat aku. terserah pada dorang nak ikut ke tak..^_^

    tak sabar nak tunggu review dari mereka2 nie pulak..^_^

    Continue Reading

    nie gara2 duk rajin mengumpul drama2 korea ngan movie2 melayu. dah tau saiz hard disk tue kecik. gatal2 pergi menambah lagi kan. nak buat macam mana. nak buang sayang. ngeh3..

    crazy for more korean drama and malay movie.. ^_^
    Continue Reading

    korang pernah tak kena macam nie..??
    ada sesape tak boleh jawab kenapa..??
    Continue Reading
    Wacanaku

    klik pada banner untuk join..n_n

    teringin untuk direview sebab saya budak baru belajar jadi nak carik orang yang boleh tunjuk ajar kalau salah.. huhuhuhu..^_^

    jadi aku nak join segmen nie untuk diriview. dalam masa yang sama boleh menambah kenalan dan bertukar-tukar pendapat. ngeeeeee~
    Continue Reading
    tadi aku check chatbox aku. nak tengok sape yang tinggalkan pesan untuk aku. dan antaranya yang kat gambar bawah nie


    Huan: can you follow my blog..?

    and my answer is..
    Sorry dear I cannot follow your blog because I cannot understand anything that you write inside your blog. I’m sorry. But what can I do for you is, I just can promote your blog to my blog reader. Anyway thanks for the invitation.

    kenapa aku tak boleh add blog Huan. boleh klik SINI untuk ke blog beliau..^_^
    Continue Reading
    lama sungguh rasa tak bercerita kat blog nie. aku asyik merepek je kan. lepastue banyak join segmen. tak tau nape ngan aku akhir2 nie. kalau ikutkan emosi aku turun naek. kejap ok kejap tak. mungkin ramai kawan2 aku tak perasan benda nie. sebab aku sedaya upaya sorok. 

    sangat sakit sebab terpaksa pendam masalah kan. tue la pe yang aku rasa sekarang. aku tak paham pe yang aku rasa sekarang. normal ke untuk aku rasa macam nie. atau sebenarnye aku nie mengada je lebih. tak pown aku nie terlalu pikirkan hal2 remeh. tapi aku tak boleh nak tahan diri dari pikir. adeih

    kalau dulu aku ada dia untuk aku lepaskan semua masalah aku. sekarang tak de siapa yang macam dia lagi. kenapa la ko buat aku macam nie kan. sedey sangat.

    salah ke kalau berkawan ngan pakwe orang..?? 

    salah satu perkara yang mengusutkan kepala aku sekarang. aku kalau boleh tak nak. dalam masa yang sama aku tak nak carik musuh. dia terlalu baik. kalau ikutkan aku suka sangat kawan ngan dia. tapi dia pakwe orang. setiap kali aku mesej ngan dia aku susah hati. tapi dia macam tak de pape. patut ke..??

    memang aku kawan dia. banyak kali gak aku tegaskan kat dia yang kitorang kawan jer. tapi layanan dia kat aku... aku perempuan yang berhati lembut. aku takut. tapi aku tak de pulak keberanian untuk melawan. sebab aku sendiri kesunyian. kadang2 aku suka dilayan macam tue. kadang2 aku takut ape tanggapan makwe dia.

    selalu jugak aku tanye dia pasal makwe dia. katanye makwe dia tak pernah larang dia kawan ngan sesape pown. tapi aku tak sedap hati pulak. kadang2 dia saje ubah topik. aku tak paham. 

    salah aku ke bila jadi macam nie..?? >_<
    Continue Reading
    klik pada gambar untuk tumbesaran

    gara2 entry aku yang nie. klik SINI untuk baca. ranking no 1 tue kat google. hebat2....!!!!!

    no 1 dari 345000 result. cayalah.. huhuhu..
    http://www.emocutez.com


    weiiii blog aku bukan blog porno la. adeih. sape la gersang sangat nie. ish3..
    http://www.emocutez.com

    Continue Reading
    hobi terbaru aku sekarang ialah join bloglist. nape aku suka join bloglist..?? sebabnyer aku boleh dapat ramai kenalan. selain tue aku boleh naekkan trafik dan follower aku. ngeh3..guraw jer*

    Chegu Zubir

    klik pada banner untuk join..^_^

    20 Bloglist bloggerwati - wanita

    aku nak join bloglist blog bicara kata cinta kerana aku nak tambah ramai kenalan. huhuhuhu..^_^


    Continue Reading
    mimi

    dayah

    ape persamaan gambar kat atas nie...????

    aku follower ke 22 untuk kedua2 blog nie.

    SpReAd YoUr LoVe FiRsT!
    ~ GeNdOt tOncEt nYeR pOtpEt pOtpEt ~

    dua2 nie blog kawan sekolah aku. sebelum nie aku tak follow blog dorang. tapi aku selalu jer melawat blog dorang nie. aku saje jer tak follow sebab aku follow ke tak aku tetap pergi blog dorang. 

    tapi tadi tetiba aku perasan kalau aku follow blog dorang nie aku akan jadi follower ke 22. jadi saje nak carik bahan untuk blog aku pown follow. ngeeeeee guraw je.

    dah lama sangat jadi silent reader blog dorang. sekarang nak jadik loud reader pulak. ngeh3..

    hari nie mood nak follow tengah ada. huhuhuhu..^_^

    Continue Reading
    korang layan akademi fantasia tak..?? maharaja lawak..?? raja lawak..?? mesti ramai yang layan kan. tapi aku pulak baru sekarang nak layan benda2 nie. ketinggalan zaman betol..

    tapi nak dekat exam nie la tetiba teringin nak tengok semua tue. naseb baek la ada sharing site UMP. dapat la jugak aku tengok an. sampai merah hard disk aku jadinya. AF pulak aku tengok kat bilik TV. 

    kedekut tol la UMP. baek tak payah pasang ASTRO. kalau setakat yang ada TV1,TV2,TV3,8TV,TV9 ngan RIA jer. baek pasang arial jer. ish3.. 
    tue yang aku layan jer pe yang ada. bosan pulak kalau asyik online jer. sedangkan ngah study week nie. bukan sebuk nak study ke pe. tapi sebuk duk tengok benda nie. adeih.

    sabar jela...^_^
    Continue Reading

    tak pernah terpikir untuk jumpa blogger terkenal. tapi kalau dapat jumpa aku teringin nak jumpa zack zukhairi. ngeh3..

    kalau la aku jumpa blogger terkenal....

    gila-gila
    kalau aku dapat jumpa blogger terkenal, memang aku tak akan sia2kan masa yang ada ngan dia. aku akan ajak dia buat macam2 ngan aku. antaranya nak ajak dia maen ice skating ke, maen bowling ke, karaoke ke dan macam2 lagi la.

    gatal-gatal
    kalau blogger tue blogger lelaki. aku nak kenal dia lebih lanjut. nak tau semua pasal dia. dia asal mana, favourite dia dan macam2 lagi la. manela tau ada jodoh. ngeh3.. tapi zack zukhairi tunang orang. adeihhhhh..

    gedik-gedik
    kalau blogger perempuan. aku nak mintak dia ajar aku camner nak bergaya. aku kan buta fesyen. jadi aku nak dorang ajar cara bertudung, pakaian dan make up yang sesuai. tak dela old skool sangat an. tak dela asyik gambar yang sama jer duk tepek kat blog. huhuhu..

    tapi semua nie 'kalau' je kan. tak tau leh tercapai ke tak. dah nama pown segmen gila2. aku pown menggila la. hehehehe..^_^


    Continue Reading


    klik pada banner untuk join..n_n

    Apakah warna kegemaran anda?

    warna kegemaran aku BIRU. kenapa sebab warna biru cantik mata memandang. huhuhu..^_^

    Jika anda diberi wang tunai sebanyak RM 1 juta,berikan 3 benda utama yang anda akan buat dari duit itu.

    kalau diberi 1 juta 3 benda utama yang aku akan buat ialah
    1. aku akan beli rumah. satu untuk family aku dan satu untuk aku sendiri. rumah idaman ibu aku. huhuhuhu..
    2. aku akan bawak family aku melancong kat semua tempat yang best
    3. bukak bissness. kalau asyik guna abis la kan. jadi aku nak bukak satu bissness ataupown melabur. ngeeeee~

    nak tag
    izhar
    Continue Reading


    klik pada banner untuk join..^_^

    orang yang memperkenalkan aku tentang blogspot nie ialah arwah roomate aku masa matriks dulu. aku ingat lagi dia kelam kabut menyiapkan assignment BI dia. lecturer BI dia mintak semua student dia bina 1 blog dan submit URL blog tue kat lecturer tue. jadi aku la menjadi peneman dia online kat kafe. ingat lagi sampai menyorok dari pak guard takut kena halau sebab dah lewat. kat situ la aku kenal pasal blogspot.

    dia suruh aku buat jugak. tapi aku tak paham. aku cakap kat dia ko pahamkan dulu benda nie. nanti ajar aku bila dah paham. masa tue aku pikir benda nie macam tulis diari. tak best sangat pown. sebab kena online. kat bilik mana ada wifi. tapi lepas jer dia meninggal tetiba tergerak hati untuk discover sendiri pasal blogspot nie. jadi aku amik keputusan untuk buat satu akaun. post pertama aku adalah tentang dia. klik SINI untuk baca.

    masuk UMP aku mula aktif balik berblog. sebab masa tue intenet slow giler sampai friendster, myspace ngan facebook tak boleh bukak lansung. jadi aku hanya boleh berblog jer. tapi aku tak pernah promote blog aku. sebab aku ingat nak buat blog peribadi jer. masa tue jugak aku belum kenal erti blogwalking ke pe.

    tapi bila facebook dah boleh online, sedikit demi sedikit aku paham tentang fungsi blogspot yang sebenar. aku mula belajar blogwalking. memang seronok. dan sekarang aku mula berani mempromosikan blog aku kat orang ramai. tapi aku sedih bila blog aku yang dulu ada problem sikit. menyebabkan aku terpaksa bina blog baru nie. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. blogger pown dapat menerima kehadiran aku kat dunia blog nie. aku enjoy berblog.

    jadi yang mempengaruhi aku buat blog adalah arwah rumate aku SITI HASMAH HAMID
    sumber ispirasi aku pulak semua blogger yang ada kat Malaysia.
    Continue Reading
    orang asli


    Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

    Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

    "Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

    Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

    Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga!!.


    beli kain

    Disebuah kedai kain, seorang gadis cun tengah memilih kain. Disebelahnya terdapat seorang jurujual lelaki yang agak macho dan hensom, otak kunin dan memikirkan bagaimana nak memikat gadis cun tersebut. Setelah menemui kain yang sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganya Gadis cun : "Bang, kain yang ni berapa ringgit semeter? Jurujual lelaki : "Cik adik manis punya pasal, semeter abang minta sekali cium aja." Gadis cun : "OK, saya setuju... so, bagi saya 20 meter" Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yang diminta dengan hati yang amat gembira, serta membayangkan betapa dapat mencium gadis cun tersebut 20 kali. Setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kepada gadis cun dan menuntut bayarannya. Gadis cun : "Nenek saya yang kat luar tu akan bayar...."


    kereta


    Setelah menyimpan wang selama 10 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli  keta idamannya...Tapi malang sung guh,selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak RM10 lagik..

    "Tunggu Jap," kata Zariff kepada jurujual

    Dia terus menuju ke tepi jalan raya untuk cari sesaper yang dapat meminjamkan wang kat dia... Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper...

    "Encik! Tolong pinjamkan saya RM10. Saya nak beli keta Rolls Royce,"kata Zariff kat mamat  tu.

    Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik... dia pun kata.....

    "Nah! Amik RM20 ni. Belikan saya satu!"kata mamat tu selamba.......


    ini macam punye orang pown ada ke..??? hehehe..^_^
    Continue Reading
    nak cube join segmen nie. harap diterima.. heeeeee~

    Wacanaku

    Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Yana lembut sambil membetulkan pakaian Ujang. Ujang
    tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Ujang mencubit pipi Yana lembut.
    "Ayah, ayah, cepat la yah," Fiza dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak
    bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Yana hanya tersenyum melihat
    suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

    "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
    dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ujang berkata
    kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke kampung mereka mengambil masa lebih kurang
    empat jam. Fiza dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,
    Yana. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ujang berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit
    Ujang menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ujang semakin
    seronok. Ujang dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.

    Pedal minyak ditekannya lagi dan Proton Perdana V6 mula memecut. Ujang cilok kiri, cilok
    kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ujang masa tu. Terlupa dia sekejap
    pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba
    Yana terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung
    nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Yana takut." Yana
    cuba memujuk Ujang supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Yana...tak ada apa-apa,"
    Ujang terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

    "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ujang setelah berjaya memotong bas ekspres
    tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Yana tengok abang motong dia
    aaa...." Ujang terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ujang terus
    membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang
    besar dan gagah dan..... BANG!! "Ujang....bangun Jang," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
    Ujang membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

    "Mana Yana mak? Macammana dengan Yana mak? Fiza, Adi....mana anak-anak saya mak?"
    Bertubi-tubi Ujang menyoal emaknya. Ujang tak dapat menahan kesedihannya lagi. Ujang
    menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Ujang tepat-tepat.
    "Macamana dengan isteri Ujang mak, Yana?" Ujang masih terus menangis.

    PANGGG!! Kepala Ujang ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Ujang terdiam.
    Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! nikah pown belum lagi. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
    emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Ujang tersengih keseorangan. Rasa
    macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian.

    Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi...

    cerita rekaan semata tak de kaitan ngan yang hidup atau yang dah meninggal dunia.. huhuhuhu..^_^


    selamat pengantin baru untuk abang ujang ngan kak yana.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat..n_n
    Continue Reading



    Tarikh tutup Bloglist ini pada 22hb April 2011 jam 11.00pm
    klik pada banner untuk join..

    aku nak join bloglist hackers sebab aku nak carik kawan baru. huhuhuhu..^_^

    Bloglist Gadis Pilihan Hackers



    Continue Reading
    satu malam aku tak tido. tak tau nape. tadi dalam pukul tiga lebih aku hampir terlelap. tapi tak tau nape tetiba tersentap. satu badan tetiba menggeletar.

    masa tue mulut aku tak berhenti sebut nama Allah. seram satu badan masa tue. tak tau nape. takut sangat masa tue. hanya tuhan je yang tau camner aku rasa masa tue.

    dahla seminggu nie kena tidor sorang2. bile nak study kalau asyik rasa camtue. aku dah la jenis study malam. kalau masa kat gambang dulu relaks jer study malam sampai subuh. tapi kat pekan nie macam tak boleh jer.

    nie bukan kali pertama aku rasa camtue. dah banyak kali jugakla. dah la aku asyik kena tinggal sorang. tak best betol kalau satu bilik 2 orang jer. suka ngan bilik lama. 4 orang. kalau sorang tak de, tak effect sangat.

    ada pape tak yang boleh aku buat untuk elakkan benda nie dari terus berlaku...???
    Continue Reading
    Di seluruh negara, bahkan serata dunia, manusia telah dimaklumkan akan bahayanya merokok. Para ulama’ juga telah update fatwa merokok daripada makruh kepada haram, ekoran teknologi yang wujud hari ini bagi menyelami dan mengenalpasti bahan – bahan rokok yang terdapat di dalam sebatang rokok.

    Hal ini kerana sewaktu fatwa semasa adalah makruh, ulama’ mengeluarkan fatwa yang sedemikian kerana hanya mampu menilai kesan – kesan merokok daripada luaran sahaja (spt. bau mulut yang busuk, gigi yang kian menguning dsb.).

    Sebaliknya sewaktu mula – mula diisytiharkan haram, teknologi semasa mampu mendedahkan kesan – kesannya di bahagian dalaman perokok, serta kesan jangka panjang terhadap si perokok.

    Walaubagaimanapun, para penyelidik telah mengenalpasti sekurang – kurangnya tiga kebaikan daripada merokok, yang mana merupakan berita baik buat perokok, dan hanya boleh dinikmati oleh orang – orang yang merokok sahaja:

    1. Rambut tidak akan beruban atau mengalami keguguran

    2. Keselamatan diri terjamin

    3. Dilindungi daripada serangan binatang – binatang buas

    Adapun para perokok tidak akan beruban atau mengalami keguguran rambut adalah kerana mereka tidak akan menyaksikan rambut mereka beruban/keguguran kerana ajal mereka akan datang terlebih dahulu sebelum rambut mereka sempat beruban/gugur.

    Adapun para perokok dijamin keselamatan mereka adalah kerana mereka akan mengalami batuk – batuk pada waktu malam, hinggakan pencuri dan perompak yang ingin menyamun rumah mereka tidak akan berhajat untuk berbuat demikian kerana menyangka tuan rumah masih belum tidur ekoran terdengarnya bunyi orang batuk.

    Adapun para perokok terlindung daripada serangan binatang buas adalah kerana otot – otot mereka akan semakin lemah, badan kehilangan tenaga, dan pada satu tahap terpaksa jalan bertongkat. Maka apabila datangnya binatang – binatang buas ini kea rah mereka, maka para perokok akan menggunakan tongkat sebagai senjata mereka, dan ini akan dijadikan tauladan buat binatang – binatang yang lain.

    Maka, teruskan merokok bersama – sama dengan orang – orang yang merokok. Dan jangan sekali – kali menghampiri orang – orang yang tidak merokok dengan asap rokok anda kerana asapnya dua kali lebih merbahaya daripada rokok itu sendiri. Tambahan, anda secara tidak langsung telah berbuat zalim terhadap orang lain kerana menyebarkan penyakit kepada mereka.


    Bear in mind, jin hidup dengan memakan asap. Maka, mereka yang mengeluarkan asap adalah sahabat – sahabat jin. ;-)

    credit to Saya xpndai la komen, saya hanya pandai Like jer kih3 
    Continue Reading
    tengah aku belek2 album gambar masa matriks dulu, tetiba terjumpa gambar kat bawah nie.


    sila abaikan gambar muka poyo aku tue. fokuskan pada bulatan hitam kat pergelangan tangan aku tue. 

    ape tue..???

    bekas gigitan binatang cumel yang bernama charlie. korang pernah dengar tak pasal binatang nie..?? binatang nie famos kat matriks2 dan asrama yang berdekatan ngan ladang kelapa sawit. 

    dulu aku matriks perak. betul2 sebelah ladang kelapa sawit. memang banyak la benda nie kalau dah sampai musim dia. orang kata benda nie keluar antara bulan 7 hingga 9. tak tau la betul ke tak.

    masa kena benda nie aku sendiri tak perasan bile binatang nie hinggap kat tangan aku. yang aku ingat tetiba jer aku rasa pedih menyengat. tengok2 ada benda putih panjang kat pergelangan tangan aku. macam bernanah pown ada jugak. pedih giler kowt.

    aku sendiri tak tau sama ada dia gigit atau cuma merayap je kat pergelangan tangan aku. sebab orang kata binatang nie memang berasid. tersentuh sikit je boleh melecur.

    esoknya aku pergi klinik. dia bagi cream sapu jer untuk benda nie. ingatkan serius sangat. sebab orang kata parut dia susah nak hilang. tapi alhamdulillah parut aku hilang. nasib baekla kan. 



    nama jer sedap tapi.... ish3..>_<
    Continue Reading

    gadis melayu merokok...!!!!!!!
    bile masa pulak..????
    adeih..
    http://www.emocutez.com
    Continue Reading
    pejam celik sekarang nie dah masuk 3 hari study week. tapi aku tak pegang lagi buku. ape nak jadi la ngan aku nie. mentang2 kelas tak de. tidor jela kejanya. malam pulak duk o9. ish3..

    bila la mood study nie nak datang. tension lak aku pikirkan. tapi lebih pikir dari buat. entah pape entah. baek tak yah an. 

    studyweek + tidor = studoweek


    memang terbaek la... ngeeeeee~ >_<
    Continue Reading

    Atia Amir Hassim
    nama yang aku guna untuk fb aku. sejak aku guna nama tue ada jer yang buat aku tergelak.

    ragam 1


    agak2 la wei. buat pe nak letak nama pakwe sebagai nama fb. aku single lagi la wei. ish3..

    ragam 2


    siap orang tulis kat assignment sebab ingat tue nama penuh bapak aku.. adeih.

    *************************

    sebenarnya atia amir hassim terjadi dari gabungan
    Maizatul Khiftia
    +
    Amirrudin
    +
    Hassim
    diringkaskan menjadi Atia Amir Hassim.

    tak de kena mengena ngan pakwe atau skandal ok. huhuhu..^_^
    Continue Reading
    korang rasa pe persamaan toyol ngan hantu raya..?? dua2 sama2 hantu la.. huhuhu..

    tapi haram kan bela benda2 camnie. orang kata mati nanti susah sebab kena carik pewaris. tapi sekarang ramai jer student duk bela benda nie. lagi2 time exam. hehehehe.

    korang pernah meniru tak masa test.?? tipu la kalau tak pernah. kawan aku yang dekan tue pown sendiri bawak toyol masuk test. 

    toyol nie gelaran sinonim untuk kertas nota kecil yang dibawa sorok2 masuk dalam exam. tapi selalunya orang berani bawak masuk masa test ngan kuiz jer. exam tak berani den nak buat. kantoi mati kowt. huhuhu..

    tapi di alaf baru nie toyol dia laen sikit. guna enset kamera. memang terbaekla. kalau untuk test berkomputer pulak fb jadi toyol nye. korang pernah buat..?? dak2 kelas aku memang dah expert benda nie. huhuhu..


    kat atas nie contoh2 toyol yang aku pernah bawak masuk dalam test. kalau lecturer aku tau mati aku. tapi sebenarnya aku tak sempat bukak pown sebab semua formula dah disediakan. buat penat jer duk lukis cantik2. adeih..

    moral of the story. jangan la ikut perangai aku. huhuhu..^_^
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Gadis Melayu

    Photo Profile

    Kisah seorang gadis melayu bernama Atia

    Dulu acah2 nak jadik engineer. akhirnya jadilah lecturer. huhu..

    Dulu gemok sekarang sedang2 je. Kaki gym, kaki fitness dan macam2 kaki. Yang pasti bukan kaki penipu.. huhu..


    Nuffnang

    Team Mak Minyak

    Team Mak Minyak

    Cerita Lama

    • ►  2018 (7)
      • ►  July 2018 (1)
      • ►  May 2018 (1)
      • ►  March 2018 (2)
      • ►  February 2018 (1)
      • ►  January 2018 (2)
    • ►  2017 (35)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (4)
      • ►  October 2017 (5)
      • ►  September 2017 (7)
      • ►  August 2017 (16)
    • ►  2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December 2015 (1)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (3)
    • ►  2014 (34)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (4)
      • ►  October 2014 (4)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (2)
      • ►  July 2014 (2)
      • ►  June 2014 (4)
      • ►  May 2014 (5)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (4)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (3)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (2)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (1)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ►  2012 (57)
      • ►  December 2012 (4)
      • ►  November 2012 (2)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (12)
      • ►  August 2012 (8)
      • ►  July 2012 (3)
      • ►  June 2012 (5)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (4)
      • ►  March 2012 (3)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (6)
    • ▼  2011 (584)
      • ►  December 2011 (6)
      • ►  November 2011 (8)
      • ►  October 2011 (21)
      • ►  September 2011 (26)
      • ►  August 2011 (71)
      • ►  July 2011 (129)
      • ►  June 2011 (99)
      • ►  May 2011 (68)
      • ▼  April 2011 (73)
        • exam habis suda..
        • IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA
        • paper last..
        • kolej matrikulasi seluruh Malaysia..
        • KENAPA AKU SEORANG BLOGGER
        • Kolej Matrikulasi Selangor
        • Segmen Tengah Malam " Saya Masih Berjaga"
        • exam....!!!!!
        • BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH
        • Segmen Review Dalam Review Akan Bermula!
        • MERAH suda..!!!!
        • kenapa ea..??
        • Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana
        • i'm sorry..^_^
        • kekusutan melanda jiwa..
        • no satu.. adoyai...!!!
        • 60 blogger dicari
        • follower ke 22
        • astro
        • Cik Aish : Segmen "Kalau Saya Jumpa Blogger Terkenal"
        • Segmen Blog Review Pak Cek Biola
        • BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !
        • lawak santai..
        • Sketsa Kahwin Si Ujang By Pembawa Wacana
        • Jom Join Bloglist Hackers
        • seram sejuk
        • 'Kebaikan merokok'
        • charlie..
        • blog gadis melayu merokok...????
        • studoweek..??
        • ada ape ngan Atia Amir Hassim
        • toyolllll....!!!!!
        • nape gadis melayu..??
        • Segmen Kalau Boyfriend Saya Seorang Blogger
        • matrikulasi ok ke diploma lagi ok..???
        • dilarang masuk best jugak..^_^
        • BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT
        • doraemon tak seperti yang kita sangkakan
        • BEN ASHAARI GEGAR LAGI
        • binatang cumel dan kelakar..^_^
        • segmen : blogger di zaman sekolah!
        • ranking universiti2 kat Malaysia
        • BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH
        • praktikal kayak, cheneh
        • 200 akhirnya..@_@
        • kepelikan melanda jiwa..
        • aku penat sangat..!!!
        • jadual exam dh kuar.....!!!!!!
        • sehari menjadi pelarian..
        • Miss Malaysia Pahang 2010
        • tertekan.. grrrrrr..
        • padi-sahabat selamanya
        • atia production.. ngeeeeee~
        • sile gelak kalau nak gelak..
        • tolong....!!!!
        • atia sayang apak...!!!!!
        • kalah sebelum sempat bertanding
        • termalu sendiri
        • survivor all stars..
        • Survivor Sakura Budika: Cabaran Imuniti 3...
        • Survivor Sakura Budika: Cabaran Imuniti 2
        • Survivor Sakura Budika: Cabaran Imuniti 1
        • internet buat aku malu sei..
        • GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA
        • BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA ..
        • SAKURA BUDIKA: 25! GAME SURVIVOR
        • cerita dalam gelap
        • akhirnya dapat online
        • Sunah Sakura: Teka Bloglist
        • sebulan sudah..
        • aku terkena april fool secara tak sengaja..
        • lembab betol la
        • Mari Join Segmen Blog Review oleh Cik Aish
      • ►  March 2011 (83)

    Kawan2 Gadis Melayu

    Facebook Badge



    Create Your Badge

    Popular Posts

    • gara2 pakai contact lens koyak..
    • janda 18 tahun
    • Kolej Matrikulasi Selangor
    • Harimau Garang..

    Labels

    #TeamMakMinyak 30 hari cabaran blog Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya Essential Oil Young Living lawak wordless wednesday
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top