matrikulasi ok ke diploma lagi ok..???

10:22 AM

persoalan nie mesti ada kat calon2 lepasan SPM sekarang nie. termasuklah adik aku. sampai sekarang dia buntu nak masuk pe.


atau


aku agak bengang ngan segelintir orang yang suka2 hati beri pendapat. tapi bukan dari pengalaman sendiri. dorang kata matriks nie teruk la, susah la, kena struggle la dan macam2 lagi yang menyakitkan hati. 

yang tak boleh belah dorang duk cakap benda tue depan aku yang merupakan bekas pelajar matriks yang kini berjaya menyambung ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan. teruk ape nyer matriks tue..???

memang la matriks tue masa dia sangat la singkat dari diploma, tapi tak semestinya matriks tak berbaloi. bayangkan umur 19 dah amik degree tak ke bangga.

tapi nie bukan soal bangga ke pe. cume aku mintak sangat2 orang yang kat luar sana tue berhenti la banding2 kan diploma ngan matrikulasi. sampai buat calon2 lepasan SPM keliru nak pilih mana.

dua2 ada kebaikan dan keburukan tersendiri. tak salah nak pilih mana2. tapi kalau ikut aku better matriks. tapi tak semua mampu nak ke situ.

jujur aku kata, aku seorang pelajar matriks yang sangat teruk. masa matriks dulu aku suka maen2. lagi2 dengan tittle penari matriks memang aku lebihkan ke situ jela. belajar last minit. tapi alhamdulillah aku berjaya sampai ke tahap aku sekarang.

benda yang penting sebenarnya doa kita kepada Allah. kita belajar kuat mana pown tapi kalau lupa kat Tuhan ape pown tak jadi. yang penat diri kita jugak.

selain tue berkat ibu bapa tue sangat la penting. kalau belajar sampai buku lagi tinggi dari rumah kalau disusun pown kalau kau buat hati seorang ibu terguris, memang tak jadi pe.

aku bercakap nie atas ape yang berlaku kat orang terdekat aku. bukan aku cakap suka2 jer. harap sangat benda nie jadi pengajaran kat dia di masa depan.

jadi, pada calon lepasan SPM luar sana, pilihlah medium yang betul untuk belajar. jangan duk dengar cakap2 orang yang tak tentu betulnya. kalau boleh tanya orang2 yang betul2 berpengalaman dalam dunia matriks dan diploma.

tapi janganla pulak tanya budak diploma pasal matriks dan tanya budak matriks pasal diploma. korang yang akan pening nanti. huhuhu..

yang akan bagi pendapat pulak janganla duk mengondem diploma atau matrikulasi. cukupla sekadar nyatakan kebaikan jer. sebab benda tue tak membantu pown. nanti pandai2 la adik2 kita tue memilih.

semoga berjaya kat adik2 aku yang akan menyambung pelajaran..^_^

You Might Also Like

18 komen dari peminat setia