day 12 - a picture of your favourite memory
10:00 AMkenangan KAKOM 08 memang tak boleh lupa sampai bila2. kenangan manis sepanjang aku bergelar pelajar matrikulasi. rindu sangat saat2 nie.
aku sendiri tak sangka aku diterima untuk join pasukan kebudayaan untuk KAKOM. masa pergi audition aku ingatkan pemilihan untuk masuk kelab kebudayaan. jadi aku tak de lansung perasaan gemuruh ke takut ke. yang aku tau aku nak masuk kelab tue. tak tau lansung apa tue KAKOM.
tapi agak segan la sebab aku tak tau menari sangat. setakat tarian joget tue aku pandai la. tue pown aku belajar kat TV jer. tak pernah ada orang yang sudi nak ajar aku menari. huhuhu..
tapi naseb baek aku nie cepat tangkap step tarian. aku ada nampak satu group nie duk nari2. konon nak praktis. aku pown diam2 belajar step dorang. rupa2nya dorang nie budak XPDT. dorang dah memang pernah menari. waktu minggu orientasi dorang la yang menari masa majlis perasmian.
waktu audition kitorang kena menari ikut lagu yang diberikan. lagu ikut naseb la dapat lagu ape. dahla semua lagu yang dorang main aku tak pernah dengar. hentam jela. aku pown nari jela. zapin, joget, daling2, sumazau semua aku rojak. sebab tarian2 tue jela yang pernah aku tengok.
alhamdulillah aku diterima masuk. aku dapat tau rupanya dia nak 8orang perempuan dan 8 orang lelaki je untuk benda nie. masa tue aku terpikir sikit je orang yang dorang nak dalam kelab nie. rupanya aku terpilih untuk wakil KMPk untuk jadi peserta KAKOM kebudayaan.
aku tau pown sebab tetiba pengurus pasukan tanya aku saiz kasut. aku pown tanyela akak yang sama2 terpilih. kasut untuk pe. masa tue baru aku tau pasal KAKOM. rasa bangga lak tetiba. heeee~
rindu nak menari..^_^
2 komen dari peminat setia
waahh minat menari upenya..mmg gadis melayu..hehehe..aish tk reti la..tgn keras..
ReplyDeletecik aish: minat dr kecik.. tp skrg bru ada pluang.. heeeee~
ReplyDelete