Tunggu bas

12:00 PM

pada suatu hari shahrul pergi ke Teluk Intan dan ingin menaiki bas ke Bagan Datoh untuk pergi ke rumah kawannya. hari itu merupakan hari pertama shahrul menjejakkan kakinya di Teluk Intan dan dia langsung tidak tahu bas apa yang perlu di naiki untuk pergi ke Bagan Datoh pula. 

shahrul merupakan seorang lelaki yang kacak dan sempurna sifat fizikalnya, tetapi shahrul adalah seorang lelaki yang sengau. oleh kerana shahrul tidak tahu bas untuk pergi ke Bagan Datoh, lalu shahrul pun berjumpa dengan seorang gadis cantik yang kebetulannya ingin menaiki bas di bus stand tersebut. 


sebenarnya gadis tersebut juga akan menaiki bas yang akan shahrul naiki. maka bermulalah dialog antara mereka berdua:

shahrul : "saudari tumpang tanya, kalau nak ke Bagan Datoh naik bas yang mana satu?"(dengan suara sengaunya)
gadis tersebut : "emmmmmm..." (tersenyum senyum memandang shahrul)
shahrul : "maaf kan saya bertanya, bas nak ke Bagan Datoh yang mana satu? "(dengan suara sengaunya)
gadis tersebut : (masih tersenyum senyum memandang shahrul)
shahrul: "kau menghina aku yer???..tak per.....nanti kalau aku nampak kau di kampung aku, aku tumbok kau" 

bentak shahrul dengan suara sengaunya kerana begitu marah kepada gadis tersebut yang tersenyum senyum memandang ke arahnya apabila dia bertanya. dan kemudian dia berlalu untuk bertanya kepada orang lain. 

rupa-rupanya gelagat gadis tersebut telah diperhatikan oleh seorang mak cik yang tidak. jauh dari situ. timbullah ketidak puasan hatinya lantas bertemu gadis tersebut untuk bertanyakan perkara yang sebenar.

mak cik tersebut : "anak, kenapa anak tidak menjawab pertanyan anak muda itu tadi, dan tersenyum senyum memandangnya, bukankah itu perkara berdosa?"
gadis tersebut : "mak cik lebih baik saya tidak menjawabnya daripada menjawab pertanyaan anak muda itu, kerana saya kuathir ia akan berfikir saya cuba menyindirnya bahawa saya juga adalah sengau sepertinya" kata gadis tersebut DENGAN SUARA SENGAUNYA...............

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia

  1. tersalah sangka la ni. iskh4.. :)

    ReplyDelete
  2. frame+lenses: tau xpe.. siankan.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. erm...betul juga cara pempuan tu

    ReplyDelete
  4. "kalau perempuan tu jawab, mesti mamat tu tumbok perempuan tu..agagagaga dua2 sengau rupe nye :P" sy komen dgn SENGAUnye.



    http://tomatobiruku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. betul gak apa yang perempuan tu wat, tp si shahrul xyah ar sampai nak tumbuk perempuan tu klu jumpa..

    ReplyDelete