tamat sudah ekspedisi

5:45 PM


akhirnya ekspedisi selama 4 hari berakhir semalam. bermula di kediaman ayahanda perdana menteri di pekan pahang hingga ke pejabat rasmi perdana menteri di putrajaya. rasa macam mimpi pown ada. dapat berjumpa dan bersalam ngan orang yang paling dihormati di Malaysia.

usaha dan kerja keras cikgu2 SMK Tengku Abdullah akhirnya membuahkan hasil. impian cikgu sakri dua tahun lalu akhirnya tercapai. sebak bila tengok cikgu sakri yang hampir menitiskan air mata. 


aku yang mulanya tak nak ikut benda nie. tapi disebabkan kawan aku beria nak masuk. aku terpaksa kuatkan semangat. untuk masuk. dan sekarang aku rasa tak sia2 aku ikut ekspedisi nie. sebab pengalaman dan kenangan yang kitorang dapat sangat berharga. tekiu alia sebab ajak aku join benda nie.

sape sangka dulunya aku selalu tengok perdana menteri kat TV jer. tapi semalam depan mata aku dia berucap. siap sempat berbual sikit ngan dia. sebab dia terkejut ada peserta wanita dikalangan 110 peserta ekspedisi nie. memang kenangan paling berharga dalam hidup sepanjang aku bergelar mahasiswi UMP.

pagi tadi masa aku bangun untuk solat subuh, tetiba aku rasa rindu untuk berbasikal. aku tetiba macam tak dapat terima hakikat yang ekspedisi tue dah berakhir. sekejap betul masa berlalu. rasa macam baru semalam aku bagi nama kat pian untuk join benda nie.

lepasnie kehidupan kembali seperti biasa. dah takde latihan mengayuh dah. short sem pulak menunggu. harap aku dapat skor subjek analog ngan alectric circuit. windu pulak nak berlatih.

ekspedisi pekan-putajaya terbaekkkklaaaa..!!!!^_^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia