kemodenan mengubah pemikiran manusia.

2:15 PM

dunia semakin moden. pemikiran manusia pown semakin berkembang. sampai benda yang dulunya malu2 nak tunjuk. sekarang dah tayang satu dunia.

lagi hal2 berkaitan wanita. contohnyer datang bulan. kalau dulu bila seseorang gadis tue datang bulan sanggup tak datang sekolah sebab malu punya pasal. tapi tue dulu. sekarang dah tak dah.

kalau dulu bila kakak suruh pergi kedai

kakak: adek pergi kedai jap. belikan akak sanita
adek: tak nak la kak. malu
kakak: ala nanti akak upahla.
adek: tak nak la. tak makan rasuah.
kakak: akak bagi cokelat banyak2..??
adek: tak nak jugak. nanti gigi cepat rosak.
kakak: akak masak sedap2 tengah hari nie..??
adek: ala bukan akak yang masak pown.
kakak: last tawaran. akak belikan i-phone
adek: tak nak jugak. malu la kak.
(dialog rekaan semata-mata)


tengok betapa susahnyer kakak2 dulu2 nak suruh adik belikan benda tue. tapi sekarang siap maen lambung2 lagi benda tue. hehehehe.

dulu cikgu aku pernah cerita pasal anak dia. masa tue dorang satu family tengah tengok tv. masa tue keluar iklan tuala wanita. tetiba anak dia yang kecik duk tanye.

anak: mak ape tue..??
dengan malu2 cikgu aku jawab
cikgu: adik pernah tengok tak orang maen (tak ingat sukan pe). yang dia letak kat dahi tue. tue la dia.
dalam hati dah cuak dah nak jawab pe.

pengalaman aku lak. masa tue aku pegi Langkawi. rombongan sekolah. masa tue ada kawan aku nie datang bulan. tak bawak spare. nak pegi beli. tapi dia malu. last2 dia suruh aku. sebab aku nie masa sekolah dulu memang muka tak tau malu. bagi aku kalau dah terdesak nak malu watpe.

aku pown pergila kedai. kawan aku nie duduk luar jer. aku pown dengan muka selamba amik benda tue bawak pergi kaunter. masa tue ada dua orang mamat kat kaunter tue. sorang tukang amik duit. sorang lagi tukang masuk barang dalam plastik. masa giliran aku tetiba dua2 ekor nie senyum2 sambil pandang antara satu sama laen. 

aku yang inosen nie siap tanye. nape senyum2..?? ada pape ke..?? dorang kate tak de pape. lepas bayar aku terus bla dari situ. kuang asam nak gelak2 lak. macam aku tak paham. adoyai. sejak tue aku jadi malu nak beli benda2 tue kalau lelaki yang jaga kaunter.

tapi tue semua dulu. sekarang dah tak macam tue. iklan tuala wanita dah berlambak kat TV sekarang. orang dah tak heran dah. tapi aku jer masih malu2 lagi kalau nak beli benda tue. nie sebab abang2 kat langkawi tue la. ish3.


bukan setakat iklan. drama pown ada. yang tak boleh belahnyer siap ada ujibakat untuk berlakon drama tue lagi. sabar jela.


yang nak buat aku tergelak bila pikirkan. perlu ke benda tue ada corak2 bagai. macam tak de faedah jer.


perlu ke benda nie semua..???

You Might Also Like

5 komen dari peminat setia

  1. miss Y: hehehehe.. tau xpe.. heeeee~

    ReplyDelete
  2. perlu jugak...sebab ramai yang tak tahu atau buat2 tak tahu... ;)

    ReplyDelete
  3. sekarang dh xsegan kan?xcam dulu (^_^)

    ReplyDelete
  4. puteraduyung: mungkin kowt.. heeeee~

    suha: hehehe.. segan lagi.. huhuhu..^_^

    ReplyDelete