hari pertama ekspedisi berbasikal 1 Malaysia

1:01 AM



ekspedisi bermula di kediaman ayahanda perdana menteri di Pekan, Pahang. acara pelepasan berlansung pukul 7.45 pagi. dengan semangat berkobar kitorang mula mengayuh untuk menyelesaikan misi. berjumpa perdana menteri 4 hari lagi.


dalam masa satu jam setengah kitorang mengayuh, kitorang singgah kat SMK Mat Kilau. makan pagi kat situ. macam tak percaye jer boleh kayuh sejauh tue. ingat aku akan naek van. tapi rupanya tak.


lepastue perjalanan diteruskan ke UMP kampus Gambang. mengambil masa lebih kurang satu jam setengah jugak. setiap 40km kitorang akan berhenti berehat dan mengurus diri. kat UMP Gambang pulak kitorang makan tengah hari. masa tue sempat jugakla tangkap gambar. kononnyer untuk masuk surat khabar. tapi tak de pown.??

 

kemudian perjalanan diteruskan ke Maran. checkpoint terakhir untuk hari pertama. tapi aku terpakse surrender. sebab banyak sangat bukit. aku kepenatan. jadi nak tak nak aku kena naek van. sedih jugak sebab tak dapat teruskan kayuhan. tapi nak buat camner. tetiba aku semput. adoyai.


dan akhirnya di maran kitorang berhenti di kompleks rakan muda maran. student lelaki tidur kat asrama kompleks rakan muda. student perempuan pulak tidur kat challet. challet majlis daerah maran.


ape pown aku tak sangka aku berjaya kayuh basikal lebih 80km. cerita hari kedua akan bersambung. huhuhu..

kenangan terindah..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia