hari kedua ekspedisi berbasikal 1 Malaysia

3:29 PM

sambungan cerita hari pertama ekspedisi berbasikal 1 Malaysia. hari kedua kitorang bertolak dari kompleks rakan muda maran. 


masa nak bertolak tue tetiba perasan kunci challet tak de kat aku. punya la aku kaget. pergi try carik kat van. tapi tak jumpa jugak. kat mana aku letak kunci tue. aku terpakse berlepas agak belakang. 

sampai aku hilang fokus untuk mengayuh. aku takowt giler. tak pernah aku hilangkan barang camtue. tapi tiba2 haritue boleh pulak aku terhilangkan kunci. adeih.


tengah mengayuh uncle tetiba tanye mana aku letak kunci tue. aku cakap la mungkin tercicir dari poket aku. yang aku pasti aku yang last pegang kunci tue. aku tak ingat lak benda laen. disebabkan takut punya pasal aku hilang fokus nak mengayuh. 

last2 aku terpakse surrender sebab aku tertekan. aku nangis masa naek van. sape tak takut bila dah hilangkan barang orang kan. naseb baek pak cik yang drive van tue tenangkan aku. dia kata tak payah risau sangat. benda tue boleh settle senang jer. denda pown kalau kena bape ringgit sangat. tapi hati nie tetap tak tenteram.

sampai jer hentian seterusnya, sek keb gau aku tekad untuk kayuh lagi. lantak la pasal kunci tue. pak cik pown dah cakap tak de pape. bukan benda besar pown. tapi ape pown aku rase fobia nak pegang barang orang sekejap. 


alhamdulillah aku larat mengayuh dari sek keb gau ke sek keb rantau panjang. lebih kurang 40km tue.tak sangka aku boleh kayuh naek bukit2 yang ada sepanjang perjalanan. memang rasa macam tak percaya gak la. walaupown ada jugak masa2 yang aku rasa macam nak surrender. 

tapi bila pikir macam mana seronoknyer rasa kalau turun bukit. aku terus kuatkan semangat. orang laen boleh buat. nape aku tak boleh. memang stamina aku lemah. tapi tak semestinya semangat aku lemah kan. kat sek keb rantau panjang kitorang diberi makan tengah hari. lauk masak tempoyak ikan patin. sedap tapi penat punya pasal aku tak lalu makan sangat.


dari sek keb rantau panjang kitorang meneruskan perjalanan ke sek vokasional bentong. dalam perjalanan tetiba hujan. menyebabkan aku terpakse berhenti. sebab aku pakai cermin mata. aku tak berapa nampak. jadi aku takut aku mengganggu pengayuh yang kat belakang. jadi nak tak nak aku berhenti. terkilan gak tak dapat terus mengayuh. tak tau nak buat camner. terpakse redha je.

sebelum ke sek vokasional bentong sempat jugak singgah kat smk karak setia. cantik jugak sekolah tue. elok2 sampai sekolah tue hujan berhenti. aku ingat nak terus mengayuh. tapi tue bukan checkpoint. cuma tempat untuk rehat jer. terpakse la aku terus naek van.


aku ngan dayah sampai kat sekolah vokasional bentong awal dari yang laen. awal satu jam. bosan jugakla nak menunggu. tapi sabar jela. tapi yang aku tak boleh belah masa sampai2 kat sekolah tue benda pertama yang aku carik ialah tandas. 

giler ko aku duk pusing sekolah tue carik tandas. dah la aku duk tahan dari smk karak setia lagi. memang tak senonoh kan. nak buat camner. bukan aku yang drive boleh berhenti suka2 hati jer. sampai dayah tetiba jerit pown aku tak perasan. tak tahan punya pasal. last2 aku jumpa tandas pelajar putera. aku masuk je sebab tak larat nak carik tandas laen. lagi pown bukan ada orang pown. masuk jela. ngeeeeee~

masa keluar dari tandas tue aku menjerit terkejut. baru aku tau nape dayah menjerit tadi. rupanya dia jumpa patung kena gantung kat luar tandas. aku pown terkejut giler masa nampak benda tue. naseb baek masa tue petang. bukan malam. kalau tak seram jugak la.


hari kedua berakhir ngan jayanya. peserta ekspedisi berjaya menghabiskan ekspedisi pada hari tue dalam masa yang ditetapkan tanpa ada sebarang masalah besar. syukur alhamdulillah..

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia

Facebook Badge