hari terakhir ekspedisi berbasikal 1 Malaysia
11:31 AMdah dekat dua minggu benda nie berlalu. tapi masih segar di dalam ingatan. ekspedisi berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya benda yang paling best aku buat tahun nie.
untuk yang tak tau cerita sebelumnyer boleh tengok kat sini.
tak sangka benda yang pada mulanya mustahil untuk aku buat akhirnya menjadi realiti. angan2 untuk bertemu dan bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia ke enam menjadi kenyataan. tak sangka pada usia 20 tahun nie aku berpeluang buat macam tue. bukan calang2 orang boleh dapat.
ekspedisi dimulakan di UPM Serdang. pukul 7 kitorang mula bertolak. masa tue semangat berkobar-kobar. yela impian dan harapan kitorang akan tercapai kurang dari 2 jam lagi. masa tue dalam fikiran aku ialah teruskan mengayuh sampai ke destinasi terakhir. pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
walaupown aku nie anak jati selangor. kampung lak kat Kajang. kalau balik kampung lalu Puchong. rumah mak teh kat Serdang. tapi tak sampai sepuluh kali aku jejakkan kaki kat putrajaya tue. kalau pergi pown setakat alamanda je. tue pown masa aku sekolah dulu.
dengan kereta pown aku belum jelajah kawasan putrajaya dan haritue boleh pulak aku berkayuh kat situ. masa tue benda yang selama nie aku hanya dapat tengok kat TV ada kat depan mata. aku jalan2 kat Putrajaya dengan basikal. rasa macam mimpi jer.
dah sampai kat perkarangan pejabat Perdana Menteri rasa terharu giler. tak sangka aku berpeluang rasa ape yang aku rasa haritue. nak nanges pown ada. tapi tak boleh. kena cover cun depan PM. ngeeeeee~
dalam pukul 9 baru kitorang berpeluang jumpa PM. masa dia berdiri depan aku aku rasa terpegun sebab macam tak percaya dia ada depan mata aku. dia pown terkejut sebab nampak aku ngan kawan2 aku. dia macam tak percaya ada perempuan yang join benda nie. sempat jugakla berborak sikit dengan beliau. heeeee~
lepas tue PM luangkan masa untuk berucap. dia rasa bangga dan terharu dengan ape yang kitorang buat. 2 biji basikal yang ditandatangani oleh beliau akan diletakkan di 2 muzium tanda penghargaan kat semua peserta ekspedisi nie. rasa bangga sangat.
selesai acara tue kitorang dijamu dengan sarapan pagi. ape lagi macam piranha kitorang serang makanan. nasib baek PM tak makan sama. kalau tak memang tak dapat nikmat makan. sebab kena cover cun. hehehehe..
ape pown apa yang berlaku haritue menjadi kenangan manis yang akan tersemat dalam diari hidup setiap peserta. kejayaan yang terukir akan menjadi kebanggaan hingga ke anak cucu.
gambar kebanyakannya aku amik kat profile peserta yang laen. sebab aku tak bawak kamera lansung masa masuk pejabat. tak berani nak letak dalam poket. takut jatuh.
nak nangis bila teringat balik..T_T
0 komen dari peminat setia