aku join BERSIH 2.0..????

8:44 PM

petang tadi tetiba ibu telefon aku. tak pernah2 ibu telefon masa2 macam nie. selalunya ibu telefon hari sabtu atau ahad. nape pulak tetiba ibu telefon hari nie pulak..??

bukan tak pernah telefon hari biasa. tapi kalau dia telefon masa2 macam nie mesti ada hal penting sangat. sebab ibu takkan telefon hari biasa sebab dia takut terkacau aku kalau aku ada kelas. tue yang buat aku agak terkejut. penting sangat ke. takut pown ada.

setelah salaman aku disambut ibu aku terus straight to the point tanye ibu kenape. bukan nak tanye khabar ke pe. ape punya anak la aku nie. tapi perasaan ingin tahu buat aku tergesa bertanya. dari nada suara ibu aku dapat rasa ada sesuatu yang ingin diberitahunya.

rupa-rupanya ibu nak sampaikan pesanan apak. apak tak bagi aku keluar sabtu ahad nie. apesal pulak..?? boring la kalau kena duduk kat sini jer. nak jugak keluar. huhuhu.. alah kalau aku nak keluar pown sape nak bawak. nak tak nak aku kena duduk gak habiskan cuti kat tempat terpencil nie. heeeeeee~

tapi kenapa apak tetiba larang aku keluar..?? macam pelik jer. bila dengar penjelasan ibu kenapa apak tak bagi keluar aku rasa nak tergelak guling2. apak, anak apak nie budak lagi la. walaupown umo dah masuk 2 series, tapi anak apak nie tak ready lagi nak buat benda2 nie semua.

rupanya apak takut aku kena tarik untuk join BERSIH 2.0. sebelum nie aku abaikan jer bila ada blogger duk cerita2 pasal benda nie. sebab bagi aku belum masa lagi untuk aku pikir benda nie semua. walaupown tak sampai sebulan lagi umur aku layak untuk mengundi.


tapi tak sangka sampai ke situ apak aku pikir. amik berat jugak ye ngan anak dara dia nie. apak aku dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. kalau dia risaukan aku bukan dia nak telefon aku sendiri. mesti melalui ibu. melainkan kalau dia masuk duit dalam akaun aku. baru la dia nak telefon. sabar jela.

hahahahahaha..^_^

You Might Also Like

9 komen dari peminat setia